Thursday, April 16, 2015

Selamat tinggal Aydin!

Aishah di Camlica Hill






























Dah berkenanlah tu! Apa lagi belilah!

Bye-bye Aydin...we always miss you!
Saat perpisahan... Aydin bersama keluarga Ronnie dan Kak Tila


Assalamualaikum para pembaca yang masih sudi membaca blogku. Semoga kalian sentiasa diberkati rezeki dunia dan akhirat!

Selepas bersarapan kami semua berkumpul di lobi hotel. Di sini aku berjumpa orang Malaysia dari Andalusia Travel. Aku terkejut bila diberitahu salah seorang dari grup mereka patah tangan ketika melawat Ephesus. Husssh! Ngerinya aku dengar. Terjatuhlah tu. Di tapak arkeologi itu tangganya tinggi-tinggi belaka memang sukar untuk melangkah. Ketika aku melangkah naik ke tangga menuju ke The Theatre punyalah mencabar dan tidak ada tempat nak berpaut. Tambahan pulak badan aku yang comel ni! Lutut pulak dah mengetat!

Pagi ini kami bergerak menuju ke Istanbul lebih kurang tiga jam perjalanan. Nampaknya perjalanan masih kelihatan bersalji. Aku amat berharap di Istanbul nanti tiada salji seperti mana di awal waktu aku sampai dulu! Namun semakin dekat menghampiri Istanbul pemandangan masih bersalji cuma tidak setebal seperti di Capadoccia! Sebelum masuk sampai Istanbul kami singgah di Camlica Hill untuk melihat keindahan Kota Istanbul dari puncak tertinggi!

Salji tebal! Aku terpaksa melangkah berhati-hati apatah ia mendaki bukit. Aku masih trauma! Berada di Camlica Hill pada musim sejuk sebenarnya tidak memberi apa-apa impak yang menarik. Semuanya putih! Kalau tidak kerana ribut salji, Istanbul pasti menarik dan tidak bersalji! Apakan daya Dia yang Maha berkuasa! Sekurang-kurangnya aku bersyukur dapat berjalan di ketika itu!

Selepas itu kami pergi membeli belah di Grand Bazaar! Ketika itu salji berlonggok di kiri kanan ada yang mencair maka jalan digenangi lopak ais. Kini baru aku tahu kenapa disarankan pakai kasut kalis air! Aku memakai kasut dari material kain walaupun tebal tapi tidak kalis air. Sebenarnya aku bermasalah berkasut sebab jari tulang aku ada problem! Ada kecederaan dan kedudukan tulang tu lari sedikit akibat bersukan. Sejak itu bila pakai kasut tak boleh lama-lama! Satu jam sudah memadai! Dari hujung jari sampai keatas kaki dengan urat-urat sekali sakit! Tapi kasut yang baru aku beli ini amat selesa dan jari tidak terasa sakit!

Melihat lopak ais di sana sini menyebabkan aku panik! Mana nak pijak ni! Tiada ruang kering untuk dilalui! Akhirnya kaki aku terbenam jua dalam lopak ais! Kasutku basah lencun dengan stokin sekali! Uhhh! Sejuknya! Allah saja yang tahu ketika itu! Aku tidak keruan! Cepat-cepat aku melangkah masuk ke Grand Bazaar yang terkenal dengan kunjungan pelancung paling tertinggi di dunia! Fokus untuk membeli sudah hilang, aku tercari-cari nak beli stokin.

Paling aku takut kalau aku demam nanti! Nanti menyusahkan orang lain pulak. Sakit di punggung masih belum hilang lagi! Sampai di depan gerai menjual t-shirt aku duduk di atas bangku! Aku tanggalkan kasut dan pekapkan kertas tisu pada stokin yang basah tu! Tiba-tiba seorang pemuda Turki bercakap sesuatu pada penjual gerai tersebut! Lalu dia hulurkan stokin kepadaku! Dia suruh aku pakai! Cakapnya lagi dia dah lama beli stokin tu tapi tak pakai pun lagi! "Rupa-rupanya awak orang pertama memakainya. Ambillah dan pakai! Nanti awak demam!" kata pemuda Turki itu. Terima kasih banyak-banyak kepada pemuda itu yang simpati padaku. Hanya Allah membalas kebaikannya!

Cuaca di sekitar bazaar ketika itu memang sejuk kerana hujan turun renyai-renyai! Sebelah bazaar ini ada masjid besar. Kami solat  di sini sambil memanaskan badan! Masjid di Turki memang besar-besar tapi ruang solat wanita terlalu kecil! Aku tidak lupa ketika bersolat di satu masjid! Tempat solat wanita terpisah jauh di belakang masjid tapi tempat berwuduk berdekatan dengan ruang solat lelaki. Sudahlah salji tebal dan jalan pula menurun! Aku merangkak-rangkak berjalan! Ubin yang berdekatan tempat berwuduk tersebut jenis licin diselaputi salji. Ya Allah nak menangis aku ketika itu. Jariku terkepit di celah pintu ketika keluar dari bilik wuduk kerana berpaut tatkala menuruni tangga! Aku amat takut kalau terjatuh sekali lagi! Termengah-mengah aku mengambil nafas berjalan dan mendaki di atas salji tebal untuk masuk ke ruang solat wanita! Lepas tu naik tangga lagi! Terbayang aku masjid di Malaysia betapa praktikal dan mudahnya untuk kaum wanita!

Setelah agak lama berehat di dalam masjid, kami beredar ke bazaar menikmati air panas dan kentang goreng. Hujan turun renyai-renyai. Semakin lewat petang makin ramai orang berkunjung ke bazaar ini. Ada juga penjual di sini yang fasih bertutur bahasa Melayu loghat Indonesia. Aku rasa lambat laun bazaar ini macam di Mekah di mana-mana penjual boleh bercakap bahasa Melayu!

Hari ini sebenarnya hari terakhir kami bersama Aydin! Esok dia ditugaskan membawa pelancung dari China. Waktu makan malam di hotel, jelas terpancar kesedihan di wajah masing-masing dan juga Aydin! Kami sebenarnya serasi dengan Aydin. Aydin pula seronok bersama grup kami biarpun sesekali ada juga berwajah kelat bila ada dikalangan kami terlambat! Aishah tak dapat menahan kesedihan, menangis! Dialah meriuhkan suasana sehingga Aydin memanggil the naughty student! Adat bertemu dan berpisah lumrah kehidupan! Kami masih berhubung hingga kini! Selamat tinggal Aydin! Guler-guler!

Esok hari terakhir kami melawat kota Istanbul! Ardan akan jadi tour guide kami! Macam mana rupa Ardan agaknya? Baik ke orangnya? Ok selamat malam!



BERSAMBUNG

Thursday, April 9, 2015

Bagaikan kapas!


Sepanjang jalan yang memutih.
 
Underground Kaymali... semput aku di sini.

Simple menu ...tapi menyihatkan.

Muzium dan makam Mustafa Kamal Antartuk.

Sebahagian pemandangan di bandar Ankara.

Sejuk giler...beku!

Salji tebal di Bolu.

Sayur segar...tapi tak boleh masuk perut!

Macam patung! Aku cuba menyakat tapi diberi amaran!

Assalamualaikum para pembaca yang masih sudi membaca blogku. Doaku agar kalian sentiasa dirahmati dan dikasihi Allah swt.

Seperti biasa pukul 8 pagi kami berkumpul di lobi selepas sarapan! Kami akan menuju ke Ankara lebih kurang lima jam perjalanan! Aku tenguk keluarga Ronnie masih tak puas ambil gambar dan sempat pulak buat snowman! Kami singgah Bandar Bawah Tanah Kaymali! Ia seakan gua kena menyusup lubang, naik tangga menegak! Aduh!! Tersiksa aku, betul-betul mencabar dengan badan yang comel ni! Sudahlah sejuk giler menyucuk hingga ke tulang. Penghuni di sini pernah hidup enam dekad sebelum kedatangan Nabi Isa. Lama tu! Di dalam bandar ini (gua) mereka tinggal beramai-ramai dan berjiran! Ada perigi, ada bilik, ada gereja! Tak tahulah kenapa mereka memilih tinggal di sini!

Keluar dari Kaymali terasa pulak perut sakit nak buang air! Sejuk-sejuk ni memang nak buang air saja. Masuk  toilet di kedai cenderahati aku tenguk dalam mangkuk toilet ada ais. Bila buka paip alamak air takda! Stress betullah apa lagi lap sajalah! Nak basuh tangan pun tak boleh! Hiii geli rasanya! Malas aku nak bayar 1 lira pada budak yang jaga toilet kebetulan dia tiada di situ. Sebenarnya air beku! Cuaca takat beku! Aku pergi ke timbunan salji yang tebal tu. Aku gosok-gosok kedua tanganku dengan salji. Aku tidak peduli sejuk sejuklah janji tangan aku bersih dan yakin!

Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di tasik garam di mana di situ ada menjual produk dari garam seperti produk rawatan kulit muka dan juga lampu garam yang memang elok untuk kesihatan! Akhirnya kami sampai ke Angkara, ibu negara Turki. Bandarnya cantik dan tersusun. Ankara terkenal sebagai pusat pentadbiran seperti Putrajaya! Semua kementerian bertumpu di sini! Kami pergi melawat Anatolian Civilization Museum dan Antartuk Museum. Banyaknya statue Mustafa Kamal sampai terkejut aku dibuatnya yang adakalanya nampak ia seakan hidup! Segala peninggalan dan riwayatnya tersimpan di dalam muzium ini. Aku hanya melihat visual makam Mustafa saja. Makamnya disebalik dinding dan tidak boleh dilihat! Mengalahkan makam Rasulullah yang boleh dikunjungi oleh umatnya bila-bila masa!

Perjalanan akhir  hari ini kami bermalam di Bolu! Sebenarnya di Bolu ada hutan menarik dan tasik Abant. Oleh kerana musim sejuk tak mungkin kami menikmati ini semua! Kami bermalam di sini. Salji di sini tebal sungguh! Biarpun lapar selera makan aku sudah mula menurun. Makanannya yang tidak pedas membuatkan cepat rasa jemu. Makanan yang hampir sama rasa setiap hari biarpun makan pelbagai masakan daging dan ikan! Aku tenguk orang lain makan sedap, makan sayur, makan buah! Aku pulak susahnya nak makan sayur dan buah terasa sejuk masuk dalam perut!

Alhamdulillah perut dah kenyang. Badan pun dah letih. Nak berlegar-legar di luar cuaca sejuk. Seperti biasa tunggu apa lagi tidorlah. Selamat malam!


BERSAMBUNG





  




Wednesday, April 1, 2015

Salji terus turun!


Di tangga ini Liza terjatuh!
Sekitar hotel. Di belakang ada rumah ala Flinstones...

Pigeon Valley. Di belakang itu rumah merpati tapi tidak nampak dengan jelas.

Di kilang karpet. Cantik tapi harganya....!


Di Avanos Village. Demonstrasi membuat pasu atau tembikar.
Klas! Gambar yang cantik tak ada pulak!

Gambar ni memang cantik. Othman dan Aydin...jurufotonya Mira kut!

Dalam Uchisar Castle. Rumahnya macam sarang anai-anai.

Ibrahim dan Aydin jadi jurufoto


Pasabagi Valley. Bentuk batu yang unik!

Assalamualaikum para pembaca yang masih sudi membaca blogku. Doaku agar kalian sentiasa dirahmati dan dikasihi Allah swt.

Seperti biasa seawal jam 3 pagi aku sudah tersedar. Rasanya terlalu lama tidur. Entah berapa kali aku mengiring ke kiri ke kanan! Fikiranku menerawang entah ke mana! Lambat lagi subuh! Kalau di Istanbul boleh terdengar azan sebab banyak masjid di sekeliling. Teringat aku ketika baru sampai di Istanbul aku solat subuh pukul 5 pagi ikut itenari. Tiba-tiba pukul 5.30 baru azan subuh.  Ketika itu aku sudah terbaring manja di atas katil. Bingkas bangun semula solat subuh!

Aku paksa untuk tidur, tapi mata sudah segar bugar! Lambat lagi pukul 5.30. Akhirnya aku bangun dan ambil air sembahyang. Ingat-ingat nak duduk atas sejadah dulu! Terkejut aku bila terpandang disebalik langsir yang terselak sikit hari dah hampir siang! Ya Allah subuh nak habis! Aku terus solat subuh! "Aishah bangun cepat subuh nak habis ni "bingkas Aishah bangun berlari ke bilik air. Rupa-rupanya di Cappodocia cepat pulak siangnya biarpun di luar salji turun dengan lebatnya.

Ketika menuju ke restoran yang terpisah dari bangunan bilik hotel untuk breakfast, terasa sukar aku melangkah kerana salji menyelaputi lantai. Sejuk sangat sehingga air di kolam renang membeku! Aku terlihat dua ekor kucing berbulu tebal berlari-lari sekejap-kejap menuju ke arah aku! Macam dia tahu aje aku ni seorang pencinta haiwan! Kucing ni mesti sejuk dan lapar! Kasihannya! Keluar dari restoran aku terserempak balik dengan kucing tadi! Roti yang aku bawa untuk bekalan langsung beri pada kucing itu! Lahap sungguh kucing itu membaham roti kosong! Sudah rezekinya!

Sebelum melawat sekitar Cappodocia, ketika nak bergambar  di depan gerbang hotel, gedebukkk!! Aku terkejut rupa-rupanya Liza jatuh terduduk di atas tangga di belakangku! Ngeri betul jalan atas salji ni! Licin, berhati-hati ketika melangkah! Hentakkan tumit tu dulu kemudian baru melangkah! Aku mula membayangkan kalau aku terjatuh macam nangka busuklah!

Ketika di dalam bas, aku benar-benar cemas Ibrahim berkali-kali menekan pedal minyak tapi bas tidak boleh bergerak ke depan sebaliknya terus mengundur! Takutnya aku! Maklumlah hotel ni  terletak di atas bukit. Jalan raya licin diselaputi salji tebal. Tayar tidak boleh mencengkam! Tiba-tiba datang kenderaan penolak salji. Salji yang tebal segera di tolak ketepi! Huuh! Lapang dadaku! Baru bas boleh bergerak perlahan-lahan. Kalaulah aku memandu ketika itu pasti aku buntu dan keliru, tak tahu di mana garisan jalan raya sebenarnya sebab dimana-mana salji tebal! Tapi Ibrahim relaks dan tenang sahaja.

Sebaik sahaja sampai ke Pigeon Valley, aku berhati-hati memegang palang pintu bas sambil melangkah perlahan-lahan ke tangga bas tiba-tiba buuuuppp!! Sesaat sahaja, aku meluncur laju jatuh dan terduduk! Beberapa kawan aku cuba membantu, tapi aku cakap biar dulu sambil berselepot  di atas salji tebal! Aku hanya nampak tangan menghulur kearahku! Dalam keadaan bersusah payah bangun, aku memegang kuat tangan itu! Rupa-rupanya Ibrahim! Terima kasih Ibrahim kerana amat simpati dan caring.

Sebelah kiri badan hingga ke punggungku terasa sakit. Nasib baik juga aku pakai tiga lapis baju. Mood aku hilang serta-merta! Tambahan lagi pemandangan di Bird Valley semuanya putih. Walhal di sini kawasan lembah dan berbukit-bukit. Ekoran dari insiden tadi, Ibrahim memegang kami setiap  kali naik bas mahupun turun bas! Rupa-rupanya Razak dan Othman pun terjatuh tapi tidaklah seteruk aku gara-gara terpijak sisa salji di atas tangga bas!

Kami meneruskan perjalanan ke Uchisar Castle tapi aku dan Aishah duduk saja dalam bas. Aishah tak tahan sejuk. Asmanya datang lagi. Aku menggosok-gosok dan mengurut tangan dan dadanya. Aduhai Aishah cemas betul aku dibuatnya. Nasib baik ada coklat aku beri dia makan biar panas badannya! Setelah melawat Pasabagi Valley, Carpet Factory, Avanos Village dengan perjalanan yang amat berhati-hati kami selamat sampai ke hotel! Malam pun dah menjengah! Aishah terus masuk ke bilik, dah tak larat nak makan! Kasihan aku! Ada roti kembong yang masih panas digoreng aku bawa untuk Aishah! Sejuk ni perut mesti lapar giler!

Mengikut ramalan cuaca seperti tertera dalam itenari suhu minimum 4 celcius sahaja! Ini sudah melebihi negatif 7. Patutlah salji tebal, Turki di landa ribut salji! Di Istanbul pengangkutan awam, udara dan kapal dihenti operasi sementara! Ramai terkandas di airport! Aku mendapat tahu pesawat MAS dua kali cuba mendarat sebab kabut tebal! Alhamdulillah selamat!

Ternyata harapanku tidak tergapai di Cappodocia! Aku tidak dapat menikmati keindahan yang sebenarnya! Bila aku mengoogle Cappodocia, masyaAllah cantiknya! Inilah dikatakan tiada rezeki. Namun aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya rasa juga berguling-guling atas salji macam cerita Hindustan!


BERSAMBUNG


Friday, March 27, 2015

Kempunan tidak dapat naik belon panas!


Belon panas di Pamakale

Muzium Mevlana Jalaludin Rumi







Assalamualaikum pembaca budiman semoga sentiasa dimurahkan rezeki kesihatan. Terima kasih sudi membaca blog aku!

Alhamdulillah kita ketemui lagi. Selepas sarapan kami  bergerak ke Konya dan seterusnya ke Cappadocia. Sebelum meninggalkan Pamukale, kami melewati di kaki teres batu kapur melihat beberapa buah belon panas sedang berlepas ke udara.  Namun di Pamukale tidak seperti di Cappodocia kerana bentuk muka bumi lagi cantik dan menarik!

Perjalanan ke Konya mengambil masa enam jam. Nasib baik juga pemandangan menarik dan sejuk kalau tidak membosankan juga. Bas pulak ada kemudahan wifi. Ralitlah aku update dengan famili dan kawan. Klik, klik posting terus. Hihi berita mutakhir katakan!

Di Konya kami melawat muzium Mevlana Jalaludin Rumi seorang ahli sufi. Kalau nak tahu di Konya ini Islamnya kuat. Kaum wanita bertudung dan berjubah. Suasana di sini pun tenang tapi sejuk giler kerana angin sejuk bertiup sampai negatif dua!

Setelah melawat muzium dan melepaskan hajat, si Aishah yang menunggu di luar macam nak tumbang! Dia memang ada asma tapi tak sangka aku seakan tewas dengan cuaca yang sejuk! Cepat-cepatlah aku heret ke cafe tak jauh dari masjid order kopi panas!

Kami meneruskan perjalanan ke Cappodocia! Suasana mula berubah. Gunung-ganang yang menghijau bertukar perlahan-lahan keputih-keputihan.Terdengar ada suara-suara di belakang 'I want to touch a snow'. Aydin cakap nanti kita berhenti satu tempat kita boleh main salji! Kami terus menunggu dengan sabar.

Jom-jom Aydin mengajak kami turun bas. Apa lagi kami macam kambing keluar kandang memijak salji. Ada yang jatuh sampai terlentang, ada mengepal salji, ada yang main baling salji! Masing-masing dah lupa diri! Kami lupakan kesejukan! Aku kepal salji macam nak air batu campur ternyata salji lagi halus dari ais yang dikisar!

Lima belas minit sahaja di bawah tak boleh lama-lama sejuk sangat! Kami meneruskan perjalanan salji sudah turun semakin lebat! Suasana putih! Aydin cakap kita tidak boleh naik belon panas sebab cuaca tidak baik. Sebenarnya aku sangat berharap dapat naik belon panas nak puaskan hati. Cuaca semakin sejuk dan salji terus turun memang merisaukan kami. Ini pertama kali perjalanan dalam salji. Ibrahim pemandu bas yang kira boleh bagi enam bintang. Cekap, sabar, berhemat dan sentiasa tersenyum. Sekumpulan burung hinggap di tengah jalan pun dihon berkali-kali!

Aydin sentiasa mengingatkan kami mesti mengikut masa, keselamatan amat penting. Sebolehnya kami sampai sebelum malam. Percaya tak, kami ternampak kereta berpusing kerana licin nasib baik tak ada kereta lain. Pemandu-pemandu di sini rata-rata berhemah dan mengikut peraturan! Sepanjang perjalanan aku sentiasa berdoa dan banyak berzikir memang terasa takut! Betul-betul cabaran!

Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel. Cantik hotel ini. Tapi aku lupa nak shoot! Itulah kekurangan aku. Aku lebih suka mengambil gambar di luar dan menikmati pemandangan ciptaan Allah swt! Namun yang pasti aku tidak dapat menikmati keindahan di Capodoccia kerana salji turun lebat dan sejuk sangat sehingga negatif tujuh! Lupakan saja nak naik belon panas! Selamat malam!


Subhanallah. Cantik dan sejuk!

Masing-masing terpegun!



BERSAMBUNG



Monday, March 23, 2015

Hi Aishah dan Ephesus!

Fesyen apa ni Aishah sampai Aydin tersenyum!
Assalamualaikum pembaca yang disayangi semoga terus sudi membaca blogku yang suam-suam kuku! Semoga Allah menganugerah kesihatan yang baik!

Gunaydin! Nasilsiniz! Itulah ucapan pertama setiap kali Aydin naik bas. Gunaydin, im (baik) hihi itulah aje perkataan yang kami pandai. Hari-hari Aydin menyebut perkataan yang sama! Kalau kami jawab perlahan lagi kuat suaranya macam cikgu! Tersekkular Aydin menyudahkan perkataan akhirnya!

Pagi ini kami di bawa ke pusat jualan kulit. Sebelum melihat barangan kulit kami dipersembahkan pertunjukan fesyen oleh model-model yang cantik dan kacak! Terpegun kami melihatnya. Sedang kami leka melihat model-model itu tiba-tiba Aishah, Othman dan Fifi (betul ke nama) ditarik model-model tersebut di bawa ke belakang pentas!

Sebaik mereka muncul di atas stage, fuyoo!! Aishah dengan fesyen berkepak macam burung helang nak terbang, Othman dan Fifi bergaya dengan jaket kulit. Mereka melangkah macam model. Paling tak disangka Aishah catwalk mengikut muzik sambil berjoget berpusing-pusing di atas stage betul-betul macam model profesional. Sayangnya Aishah ni rendang sikit (hihi jangan marah ya) kalau tinggi sudah pasti model-model Turki tu balik menjinjing kasut! Maklumlah grup kami memang happening, gila-gila mengalahkan orang muda!

Keseronokan aku hilang bila dibawa ke bahagian jualan! Memanglah cantik giler jaket kulit, berkualiti dan eksklusif tapi harga beribu-ribu dollar US. Jaket ni nipis memang sesuai dipakai sepanjang musim kecuali winter yang melampau kenalah pakai lapisan luar lagi! Biarpun grup kami hanya 17 orang tapi tidak menghampakan Kak Tila dari Sabah, Liza dari Sarawak dan Azlina dari Selangor telah membeli jaket tersebut. Harga sekitar RM3000 ke atas. Wow hebat mereka dan tahniah!

Si Aishah menang memakai sahaja! Di luar outlet siap pakai lagi jaket Azlina sambil memberi posing istimewa! Akulah jurufoto! Malangnya  semua gambar dalam kamera Aishah hilang tak tahulah dimana silapnya. Nasib baiklah banyak juga gambar Aishah aku ambil. Memang aku suka ambil gambar Aishah sebab dia pandai bergaya spontan! Kalau tidak kecewa gilerlah Aishah!

Dari outlet jualan kulit kami mengeksplorasi kota Ephesus iaitu tapak arkeologi mengkagumkan dan terbesar di dunia. Memang aku amat teruja berkaitan dengan sejarah! Di Ephesus ini ibarat sebagai kota di mana ada Perpustakaan Celcus, House of Virgin Mary, Basilica of St. John, Temple of Artemis dan The Theatre. Sebenarnya di mana-mana sahaja peninggalan sejarah zaman Rom mesti ada Theatre di mana persembahan hiburan, gladiator dan macam-macam lagi!

Cuaca di Ephesus di kala itu sederhana sejuknya. Matahari terik. Jadi tidak terasa sejuknya! Yang menariknya ke mana tempat kami melawat mesti ada kucing-kucing gemuk. Malah di tapak Ephesus pun ada. Tak tahulah apa kucing tu makan. Aku bagi telor rebus habis dia bedal! Memang hebat binaan di Ephesus walaupun banyak yang runtuh kerana berlakunya gempa bumi dan melalui perubahan zaman. Beribu-ribu tahun kesannya sampai sekarang! Aku tidak yakin stadium Shah Alam boleh bertahan sehingga 100 tahun seperti kukuhnya The Theatre! Kita tenguk saja.

Selesai makan tengahari kami bertolak ke Pamukkale yang memakan masa tiga jam perjalanan. Kami mesti cepat bertolak sebab pukul lima hari dah gelap. Akhirnya dari jauh kelihatan sebahagian gunung memutih yang dikenali Cotton Castle yang berupa pembentukan teres-teres bagaikan kapas yang wujud hasil dari pengumpulan batu-batu kapur berpunca dari mata air panas! 

Sebaik sampai di Pamukkale hari hampir senja dan mega merah sudah kelihatan. Rasa sejuk sudah mula mencengkam hingga ke tulang. Aku berlari-lari anak mengejar si Aydin yang melangkah laju! Tak sangka pulak badanku yang comel betu-betul berstamina hilang sakit sendi, urat sebab cuaca sejuk. Kak Tila berusia 60 tahun pun cukup berstamina. Rahsianya sentiasa merasa diri muda dan ceria pasti kelihatan muda!

Subhanallah indahnya ciptaan-Mu. Rupabentuk muka bumi dari batu kapur menghasilkan rupa yang unik! Kalau di musim panas di teres ini  dijadikan tempat berendam. Mata air panas yang mengalir di tengah-tengah lereng menarik kami untuk merendam kaki. Sungguh syahdu di kala itu apabila matahari mula berlabuh ke peraduannya! Jom-jom keluar dari mulut si Aydin ajak balik setelah puas masing-masing bergambar dan berendam kaki! Hari dah pun malam seperti biasa kami check in, makan malam dan tidur! Iyi aksamlar!

Semua berbakat!











Ephesus











The theater











Celcus Library











Ukiran patung dibelakang tu adalah Medusa yang selalu ada dalam filem zaman Rom!



























Pamukkale





















Gunaydin - Selamat pagi         
Nasilsiniz - Apa kabar
Iyi aksamlar - selamat malam


BERSAMBUNG