Assalamualaikum pembaca yang dirindui semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Aku ingin meminta maaf kerana sudah lebih dua bulan meninggalkan halaman ini tanpa disirami air dan baja. Tak tahu kenapa rasa malas dan hilang mood! Mungkin faktor pc aku sudah uzur dan slow sebanyak sedikit menganggu konsentrasiku!
Dalam tempuh dua bulan menyepi diri macam-macam perkara aku lalui..sedih dan gembira. Rasanya biarlah aku kongsi cerita santai semoga pembaca terasa seronok!
Bulan lepas aku bercuti ke China. Usia macam aku memang selayaknya mengikut travel agensi! Sediakan saja duit! Satu kelebihan tidak perlu aku nak cari teman! Sampai sana akan ada teman baru! Pokoknya pandai menyesuaikan diri dan bergaul!
Sudah lama aku ingin ke sini. Ekplorasi laluan sutera China! Laluan sutera ini sudah bermula sejak 2000 tahun lalu di mana pedagang dan kabilah berdagang dari Xian (provinsi Shannxi) hingga ke Barat (Rom). Kesan dari sepanjang laluan ini pengaruh Islam dan budaya Islam ujud.
Perjalanan ku bermula dari KL transit ke Guangzhou. Selepas itu ke Urumqi ibu negeri Xinjiang, sebelah Barat China. Dulu di kenali sebagai Turkestan Timur! Pemeriksaan ketat keatas penumpang ke Xinjiang. Xinjiang sudah lama di anak tirikan oleh kerajaan china. Majoriti Islam, kaya dengan galian. Aku rasa pembaca boleh dapat maklumat mendalam tentang Xinjiang melalui internet.
Terdiri pelbagai etnik dan kaya dengan pelbagai budaya dan bahasa. Bahasa utama Uighur dan Mandarin. Wajah mereka unik dan menarik. Uighur warisan dari Turki beragama Islam. Hui tipikal china tetapi muslim. Manakala Han tipikal China beragama buddha diimpot oleh kerajaan China sejak tahun 50an untuk membendung populasi Uighur! Sekarang populasi etnik Uighur dan Han hampir menyamai!
Aku berada di Xinjiang selama empat hari tiga malam. Kesempatan melawat Lembah anggur, Flamming Hill, Heavenly Lake sebuah tasik yang cantik. Malangnya ketika kami sampai cuaca berkabus. Gambar pun tak cantik.
Xinjiang sebuah negeri yang panas sebahagian besar diliputi gurun. Namun kelebihan ia menghasilkan buah-buahan yang sangat manis seperti anggor, tembikai, rock melon dan macam-macam lagi.
Ok cerita ni bersambung...tunggu ya!
|
Handsome jejaka ni dari etnik Uighur |
|
Ladang anggor ni depan hotel saja! |
|
Semuanya manis! Nak bawa balik tak tahan pulak! |
|
Heavenly Lake atau tasik Tianshi....cantik tapi matahari malu pulak! |
|
Kemah etnik Kazakh...tidak jauh dari tasik |
|
Cantik bunga liar ni di sekitar tasik ni |
|
Pertunjukan budaya...memang best diseri pula jejaka tampan berhidung mancung...memang unik wajah mereka! |
|
Masjid Menara Emir di bina di kurun ke 17...lupa pulak! |
|
Anggor berjuntaian di lembah Anggor..tetapi ini bukan diladang - persinggahan untuk pelancung. |
|
Flamming Hill teramat panas..ketika ini suhu 55 darjah celsius waktu petang...kalau tengahari mencecah 70 darjah celcius...boleh masak telor! |