Friday, January 10, 2014

Semoga kita menjadi insan bertakwa

Assalamualaikum. Semoga Jumaat ini Allah memberi keizinan pada kita membuat kebaikan. Singkatnya masa. Sedar-sedar diri dah makin tua. Namun aku bersyukur di usia begini Allah memberi kesihatan yang baik walaupun sudah ada sakit di sana-sini.

Tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan. Bagiku tiada kenangan pahit semuanya manis belaka. Kita bertuah dilahir di bumi Malaysia yang kaya segala-galanya. Tiada siapa melarang kita nak cari rezeki sampai badan tak larat! Tiada larangan kita nak beramal setakat mana kita larat. Nah! Itulah hakikat sebenarnya yang Allah bagi. Tapi kenapa kita masih merungut, tak puas hati!

Apa yang terjadi setiap perubahan dikeliling kita, bukannya bala tapi hikmah tanpa kita sedari! Perubahan suasana  politik dan ancaman agama sekian hari sekian mengancam! Namun apa yang mesti kita sedar, kita mesti berubah! Berubah menjadi hamba bertakwa di sisi-Nya.

Banyak sumber ilmu dan bantuan yang membolehkan kita berubah! Segala-galanya datang dari sanubari kita. Berdoalah kita pada-Nya agar kita menjadi hamba yang dikasihi-Nya. Insyaallah, Allah akan memberi hidayah pada kita.

Aku ingin berkongsi doa yang perlu diamalkan agar kita beristiqamah dalam keimanan dan dianugerahi rahmat oleh Allah swt. 


“(Mereka berdoa: “Ya Rabb kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau Maha Pemberi kurnia.”  – Surah al-Imran 3:8




Wednesday, January 1, 2014

Selamat datang 2014

Assalamualaikum! Selamat datang tahun 2014! Aku ucapkan tak kira di mana berada. Dan tidak lupa pada diriku sendiri yang masih tercongok di depan mac di ofis. Tekanan...tekanan. Namun itulah nasibku sebagai seorang kuli. Bunyi dentuman bunga api masih kedengaran dari arah Putrajaya namun tidak sedikit pun menceriakan diriku!

Namun aku bersyukur dalam usia kian meningkat kemampuanku bertugas dari pukul 9 pagi hingga melewati 12 tengah malam masih dapat dilaksanakan.  Semoga tahun ini diberikan kekuatan untuk beramal kepada-Nya. Oklah kepala dah sakit.