Friday, January 10, 2014

Semoga kita menjadi insan bertakwa

Assalamualaikum. Semoga Jumaat ini Allah memberi keizinan pada kita membuat kebaikan. Singkatnya masa. Sedar-sedar diri dah makin tua. Namun aku bersyukur di usia begini Allah memberi kesihatan yang baik walaupun sudah ada sakit di sana-sini.

Tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan. Bagiku tiada kenangan pahit semuanya manis belaka. Kita bertuah dilahir di bumi Malaysia yang kaya segala-galanya. Tiada siapa melarang kita nak cari rezeki sampai badan tak larat! Tiada larangan kita nak beramal setakat mana kita larat. Nah! Itulah hakikat sebenarnya yang Allah bagi. Tapi kenapa kita masih merungut, tak puas hati!

Apa yang terjadi setiap perubahan dikeliling kita, bukannya bala tapi hikmah tanpa kita sedari! Perubahan suasana  politik dan ancaman agama sekian hari sekian mengancam! Namun apa yang mesti kita sedar, kita mesti berubah! Berubah menjadi hamba bertakwa di sisi-Nya.

Banyak sumber ilmu dan bantuan yang membolehkan kita berubah! Segala-galanya datang dari sanubari kita. Berdoalah kita pada-Nya agar kita menjadi hamba yang dikasihi-Nya. Insyaallah, Allah akan memberi hidayah pada kita.

Aku ingin berkongsi doa yang perlu diamalkan agar kita beristiqamah dalam keimanan dan dianugerahi rahmat oleh Allah swt. 


“(Mereka berdoa: “Ya Rabb kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau Maha Pemberi kurnia.”  – Surah al-Imran 3:8




No comments: