Wednesday, November 19, 2014

Semoga jiwaku tidak kacau lagi!





Assalamualaikum kepada pembaca budiman semoga sihat walafiat!

Gara-gara komputer meragam mood aku hilang nak update story baru ditambah lagi kesibukan kerja! Kalau boleh sekurang-kurangnya dapat posting tiga story satu minggu sudah cukup baik! Oklah aku nak start tulis ni tapi tak tahulah nak tulis apa erkkk!

Sebenarnya aku ada satu cerita nak berkongsi dengan pembaca semua! Sampai sekarang hatiku masih ralat! 'Antara Lorong Nostalgik dan Sebuah Rumah' tajuk postingku pada bulan Ogos yang lalu menyebabkan seorang hamba Allah marah dan memutuskan perhubungan persahabatan dengan aku!

Sebenarnya aku ada perhubungan persaudaraan dengan hamba Allah tu! Rumah sebelah menyebelah aje. Dia  berkecil hati  selepas membaca story aku. Silap aku juga menyebut orang yang sudah meninggal (tuan tanah) iaitu arwah datok kepada hamba Allah tersebut! Arwah datok tu moyang kepada aku jugak!

Arwah datoknya meninggalkan ramai cucu termasuk hamba Allah ni, cicit dan piut. Tapi yang peliknya dia seorang ni yang teramat marah dan menghasut sepupu sepapatnya kononnya aku telah menghina datuknya! Sempat dia mengata aku dalam FB, kata hati aku berulatlah, berdendam dan macam-macam lagi. Malah anaknya turut menghentam aku!  Lepas tu dia terus unfriend denganku!

Aku mengakui kesilapanku dan  memohon maaf kepadanya. Itulah jalan yang paling terbaik. Walaupun dia tidak menjawab apa-apa! Yang paling kelakar orang tidak berkenaan turut diunfriendkan! Aku tahu dia masih mengata-gata namun bab aku sudah selesai!

Cuma aku ralat selama ini kami banyak berkongsi cerita sedih. Dia berdepan krisis rumah tangga sehingga berpisah dengan suaminya. Aku banyak memberi sokongan dan semangat. Ketika balik beraya aku pelawa balik bersama dan singgah di rumah bekas suaminya menumpangkan dua orang anaknya balik sekali ke kampung!

Dia tinggal bersama adiknya! Anak-anaknya tinggal bersama bekas suami! Aku dapat bayangkan betapa sengsaranya tanpa anak di sisi dan tiada kenderaan untuk bergerak ke sana kemari! Aku terbuka membantunya kalau dia perlukan pertolongan!   Aku sentiasa bersangka baik dan tidak ambil pusing apa orang kata tentang dia!

Kini baru aku tahu setelah jadi begini dia langsung tidak menghargai aku. Aku tidak minta balasan tapi cukuplah dihargai sebagai kawan dan saudara! Lagipun kami bukan muda sudah tua pun! Aku tidak suka hal ini berpanjangan! Hakikatnya kami saling mengenali! Cuma perangainya dari muda hingga ke tua tidak berubah! Egonya terlalu tinggi. Dia sendiri pun bermasalah dalam famili. Kini dia mencetus suasana tidak sihat dikalangan saudara mara!

Ada juga aku bermesej dengan dia bertanya kabar dan war-warkan tentang reunion sekolah kami tapi tidak berbalas! Baru-baru ini orang kampungku buat grup whatsapp khas untuk warga kampungku. Admin grup add dia! Tapi dia left. Mungkin aku termasuk dalam list grup tu kut. Tak apalah! Aku tidak rugi-rugi apa-apa pun!

Cuma aku mahu berpesan tidak perlulah dia posting kata-kata indah dan ideal di wallnya! Kalau sekadar untuk menarik perhatian dan komen lupakanlah! Biarlah kata-kata indah itu seiringan perubahan kita ke arah kebaikan! Apa gunanya posting  menarik seolah-olah dia seorang yang baik dan perfect hakikatnya aku lebih tahu dan mengenali dia!

Kita sudah tua! Kawan seangkatan kita ramai yang dah bercucu! Aku dengar anak dia akan berkahwin tahun depan!  Aku dan jiran-jiran di kampung kita adalah saudara dia! Tanyalah diri sendiri ke arah mana dia nak tuju sekarang kalau terus bersikap tegar! Anak-anak bukan jaminan kalau dia sendiri pun tidak menjalin perhubungan baik dengan saudara mara!

Dia tahu bukan apa hukum memutus silaturahim? Cukuplah, aku sudah banyak membuat dosa dan kesilapan! Aku tidak mahu mengulangi perkara yang sama lagi. Kalau dia tidak menerima sebagai kawan dan saudara aku pasrah! Doaku agar Allah mendorong dia menjadi hamba Allah yang terbaik dan bertakwa! Kalau dia terbaca blog ini, aku berharap berlapang dada dan kawallah amarah! Hidup kita makin singkat! Kita tidak pasti siapa yang pergi dulu!

Aku berharap agar dia menerima kemaafanku! Seperti mana sebelum ini dia selalu mengingatkan aku, sebelum tidur maafkan orang-orang yang melakukan kesalahan kepada kita!










No comments: