Thursday, November 6, 2014

Sedapnya ikan kerai!



Assalamualaikum pembaca dikasihi semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.


Entah apa malang sepatutnya sudah lama aku update new story! Tiba-tiba pc di rumah rosak, di ofis pulak betul-betul diluar jangkaan komputer pun rosak juga. Ada komputer gantian tapi entah kenapa bila nak new post loading selama-lamanya! Fedup aku! Pakai safari betul-betul problem! Ini pakai firefox komputer kawan! Komputer aku yang rosak tu pakai firefox! Harap-harap cepatlah sembuh!

Hatiku berbunga biarpun blog ni baru merangkak namun kulihat ada peningkatan! Terima kasih yang amat sangat kepada pembaca budiman kerana memberi sokongan kepadaku! Doakan aku semoga diberi ilham untuk menulis!

Setiap kali  hujung minggu aku mula terfikir menu apa nak dimasak. Oleh kerana aku tinggal bersama keluarga adik sudah tentulah banyak perut banyaklah ragam selera! Sememangnya keluarga kami keluarga meriah! Alhamdulillah aku tidak pernah kesunyian biarpun bersendirian! Terima kasih adik dan adik iparku! Jasa baikmu tidak akan lupakan sampai ke mati. Begitu juga anak-anak saudara penghibur hatiku!

Minggu lepas anak saudaraku membeli ikan kerai di Temerloh.  Selama ini aku hanya mendengar tapi tidak pernah melihatnya! Orang kata ikan kerai sedap isinya.  Sisiknya tidak payah dibuang. Bila dimasak ia akan lembut!  Biarpun rasa was-was betul ke sisiknya akan lembut. Kalau keras rosaklah masakan!  Akhirnya kami sepakat masa aje tanpa membuang sisiknya. Kalau tak cuba mana nak tahu hasilnya! Kami nak masak lomak cili padi!



Ikan kerai aku cuci dengan asam limau supaya hilang hanyirnya. Setelah bersih toskan terus dimasukkan dalam kuali! Cili padi dan kunyit hidup diblend sampai lumat dan masukkan ke dalam kuali. Buka api, bubuh sedikit air, garam, asam keping! Kacau biar lada serta kunyit sebati dengan ikan. Bila air hampir kering bubuh santan. Api jangan terlampau besar takut nanti pecah minyak!

Masakan  Nismillan ada seninya. Tidak boleh dikacau selalu! Bila kuah mengelegak kacaulah perlahan-lahan. Kalau kuahnya agak cair tambahlah santan pekat sikit!  Bila dah cukup rasa masin dan masamnya biarkan kuah mendidih hingga kuahnya mereneh! Api kecilkan lagi. Lebih lama kita biarkan lagi cantik kuahnya. Tapi masakan kami tidak cukup lama masak sebab dah risau takut ikan hancur! Walhal tak hancur pun maklumlah bukan senang nak dapat ikan kerai! Itu sebab kami berhati-hati.

Ternyata sisik ikan kerai menjadi lembut bila dimasak! Kraap kruup bila dikunyah! Kalaulah lebih lama di masak lagi lembut sisiknya! Ternyata isi ikan kerai memang sedap dan manis! Tidak rugi pun membelinya! Kawan-kawan di luar sana kalau terjumpa ikan kerai di pasar tani  bolehlah mencuba memasaknya. Sesekali cubalah masakan orang negeri Sembilan! Selamat mencuba!




No comments: