Monday, March 23, 2015

Hi Aishah dan Ephesus!

Fesyen apa ni Aishah sampai Aydin tersenyum!
Assalamualaikum pembaca yang disayangi semoga terus sudi membaca blogku yang suam-suam kuku! Semoga Allah menganugerah kesihatan yang baik!

Gunaydin! Nasilsiniz! Itulah ucapan pertama setiap kali Aydin naik bas. Gunaydin, im (baik) hihi itulah aje perkataan yang kami pandai. Hari-hari Aydin menyebut perkataan yang sama! Kalau kami jawab perlahan lagi kuat suaranya macam cikgu! Tersekkular Aydin menyudahkan perkataan akhirnya!

Pagi ini kami di bawa ke pusat jualan kulit. Sebelum melihat barangan kulit kami dipersembahkan pertunjukan fesyen oleh model-model yang cantik dan kacak! Terpegun kami melihatnya. Sedang kami leka melihat model-model itu tiba-tiba Aishah, Othman dan Fifi (betul ke nama) ditarik model-model tersebut di bawa ke belakang pentas!

Sebaik mereka muncul di atas stage, fuyoo!! Aishah dengan fesyen berkepak macam burung helang nak terbang, Othman dan Fifi bergaya dengan jaket kulit. Mereka melangkah macam model. Paling tak disangka Aishah catwalk mengikut muzik sambil berjoget berpusing-pusing di atas stage betul-betul macam model profesional. Sayangnya Aishah ni rendang sikit (hihi jangan marah ya) kalau tinggi sudah pasti model-model Turki tu balik menjinjing kasut! Maklumlah grup kami memang happening, gila-gila mengalahkan orang muda!

Keseronokan aku hilang bila dibawa ke bahagian jualan! Memanglah cantik giler jaket kulit, berkualiti dan eksklusif tapi harga beribu-ribu dollar US. Jaket ni nipis memang sesuai dipakai sepanjang musim kecuali winter yang melampau kenalah pakai lapisan luar lagi! Biarpun grup kami hanya 17 orang tapi tidak menghampakan Kak Tila dari Sabah, Liza dari Sarawak dan Azlina dari Selangor telah membeli jaket tersebut. Harga sekitar RM3000 ke atas. Wow hebat mereka dan tahniah!

Si Aishah menang memakai sahaja! Di luar outlet siap pakai lagi jaket Azlina sambil memberi posing istimewa! Akulah jurufoto! Malangnya  semua gambar dalam kamera Aishah hilang tak tahulah dimana silapnya. Nasib baiklah banyak juga gambar Aishah aku ambil. Memang aku suka ambil gambar Aishah sebab dia pandai bergaya spontan! Kalau tidak kecewa gilerlah Aishah!

Dari outlet jualan kulit kami mengeksplorasi kota Ephesus iaitu tapak arkeologi mengkagumkan dan terbesar di dunia. Memang aku amat teruja berkaitan dengan sejarah! Di Ephesus ini ibarat sebagai kota di mana ada Perpustakaan Celcus, House of Virgin Mary, Basilica of St. John, Temple of Artemis dan The Theatre. Sebenarnya di mana-mana sahaja peninggalan sejarah zaman Rom mesti ada Theatre di mana persembahan hiburan, gladiator dan macam-macam lagi!

Cuaca di Ephesus di kala itu sederhana sejuknya. Matahari terik. Jadi tidak terasa sejuknya! Yang menariknya ke mana tempat kami melawat mesti ada kucing-kucing gemuk. Malah di tapak Ephesus pun ada. Tak tahulah apa kucing tu makan. Aku bagi telor rebus habis dia bedal! Memang hebat binaan di Ephesus walaupun banyak yang runtuh kerana berlakunya gempa bumi dan melalui perubahan zaman. Beribu-ribu tahun kesannya sampai sekarang! Aku tidak yakin stadium Shah Alam boleh bertahan sehingga 100 tahun seperti kukuhnya The Theatre! Kita tenguk saja.

Selesai makan tengahari kami bertolak ke Pamukkale yang memakan masa tiga jam perjalanan. Kami mesti cepat bertolak sebab pukul lima hari dah gelap. Akhirnya dari jauh kelihatan sebahagian gunung memutih yang dikenali Cotton Castle yang berupa pembentukan teres-teres bagaikan kapas yang wujud hasil dari pengumpulan batu-batu kapur berpunca dari mata air panas! 

Sebaik sampai di Pamukkale hari hampir senja dan mega merah sudah kelihatan. Rasa sejuk sudah mula mencengkam hingga ke tulang. Aku berlari-lari anak mengejar si Aydin yang melangkah laju! Tak sangka pulak badanku yang comel betu-betul berstamina hilang sakit sendi, urat sebab cuaca sejuk. Kak Tila berusia 60 tahun pun cukup berstamina. Rahsianya sentiasa merasa diri muda dan ceria pasti kelihatan muda!

Subhanallah indahnya ciptaan-Mu. Rupabentuk muka bumi dari batu kapur menghasilkan rupa yang unik! Kalau di musim panas di teres ini  dijadikan tempat berendam. Mata air panas yang mengalir di tengah-tengah lereng menarik kami untuk merendam kaki. Sungguh syahdu di kala itu apabila matahari mula berlabuh ke peraduannya! Jom-jom keluar dari mulut si Aydin ajak balik setelah puas masing-masing bergambar dan berendam kaki! Hari dah pun malam seperti biasa kami check in, makan malam dan tidur! Iyi aksamlar!

Semua berbakat!











Ephesus











The theater











Celcus Library











Ukiran patung dibelakang tu adalah Medusa yang selalu ada dalam filem zaman Rom!



























Pamukkale





















Gunaydin - Selamat pagi         
Nasilsiniz - Apa kabar
Iyi aksamlar - selamat malam


BERSAMBUNG


No comments: