Belon panas di Pamakale |
Muzium Mevlana Jalaludin Rumi |
Assalamualaikum pembaca budiman semoga sentiasa dimurahkan rezeki kesihatan. Terima kasih sudi membaca blog aku!
Alhamdulillah kita ketemui lagi. Selepas sarapan kami bergerak ke Konya dan seterusnya ke Cappadocia. Sebelum meninggalkan Pamukale, kami melewati di kaki teres batu kapur melihat beberapa buah belon panas sedang berlepas ke udara. Namun di Pamukale tidak seperti di Cappodocia kerana bentuk muka bumi lagi cantik dan menarik!
Perjalanan ke Konya mengambil masa enam jam. Nasib baik juga pemandangan menarik dan sejuk kalau tidak membosankan juga. Bas pulak ada kemudahan wifi. Ralitlah aku update dengan famili dan kawan. Klik, klik posting terus. Hihi berita mutakhir katakan!
Di Konya kami melawat muzium Mevlana Jalaludin Rumi seorang ahli sufi. Kalau nak tahu di Konya ini Islamnya kuat. Kaum wanita bertudung dan berjubah. Suasana di sini pun tenang tapi sejuk giler kerana angin sejuk bertiup sampai negatif dua!
Setelah melawat muzium dan melepaskan hajat, si Aishah yang menunggu di luar macam nak tumbang! Dia memang ada asma tapi tak sangka aku seakan tewas dengan cuaca yang sejuk! Cepat-cepatlah aku heret ke cafe tak jauh dari masjid order kopi panas!
Kami meneruskan perjalanan ke Cappodocia! Suasana mula berubah. Gunung-ganang yang menghijau bertukar perlahan-lahan keputih-keputihan.Terdengar ada suara-suara di belakang 'I want to touch a snow'. Aydin cakap nanti kita berhenti satu tempat kita boleh main salji! Kami terus menunggu dengan sabar.
Jom-jom Aydin mengajak kami turun bas. Apa lagi kami macam kambing keluar kandang memijak salji. Ada yang jatuh sampai terlentang, ada mengepal salji, ada yang main baling salji! Masing-masing dah lupa diri! Kami lupakan kesejukan! Aku kepal salji macam nak air batu campur ternyata salji lagi halus dari ais yang dikisar!
Lima belas minit sahaja di bawah tak boleh lama-lama sejuk sangat! Kami meneruskan perjalanan salji sudah turun semakin lebat! Suasana putih! Aydin cakap kita tidak boleh naik belon panas sebab cuaca tidak baik. Sebenarnya aku sangat berharap dapat naik belon panas nak puaskan hati. Cuaca semakin sejuk dan salji terus turun memang merisaukan kami. Ini pertama kali perjalanan dalam salji. Ibrahim pemandu bas yang kira boleh bagi enam bintang. Cekap, sabar, berhemat dan sentiasa tersenyum. Sekumpulan burung hinggap di tengah jalan pun dihon berkali-kali!
Aydin sentiasa mengingatkan kami mesti mengikut masa, keselamatan amat penting. Sebolehnya kami sampai sebelum malam. Percaya tak, kami ternampak kereta berpusing kerana licin nasib baik tak ada kereta lain. Pemandu-pemandu di sini rata-rata berhemah dan mengikut peraturan! Sepanjang perjalanan aku sentiasa berdoa dan banyak berzikir memang terasa takut! Betul-betul cabaran!
Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel. Cantik hotel ini. Tapi aku lupa nak shoot! Itulah kekurangan aku. Aku lebih suka mengambil gambar di luar dan menikmati pemandangan ciptaan Allah swt! Namun yang pasti aku tidak dapat menikmati keindahan di Capodoccia kerana salji turun lebat dan sejuk sangat sehingga negatif tujuh! Lupakan saja nak naik belon panas! Selamat malam!
Subhanallah. Cantik dan sejuk! |
Masing-masing terpegun! |
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment