Sambungan
Di Linxia, etnik Hui berugama Islam adalah majoriti. Ekonomi di
bandar Linxia dikuasai oleh mereka! Tiada beza rupa mereka macam China jugak
mata sepet! Aku lihat Islam di sini berkembang baik dan bebas lakukan aktiviti
tanpa halangan. Bukan seperti di Xinjiang segala aktiviti agama di sekat, puasa
dilarang!
Ketika berjalan di sebatang
lorong, aku terserempak sekumpulan pelajar baru pulang dari madrasah!
Masjid-masjid lama di sini kebanyakan berciri binaan klasik China. Namun begitu
masjid-masjid di China tidak mesra dengan kaum wanita. Kami tidak dibenarkan
bersolat di masjid!
Akhirnya kami dapat bersolat di satu masjid kecil tetapi bahagian
wanita terpisah dari bangunan masjid. Betapa untungnya di Malaysia tiada
halangan untuk wanita bersolat di masjid.
Di Lanzhou (bunyinya dalam bahasa mandarin lan...u) pembaca
tekalah sendiri memang kotor bunyinya! Islam juga berkembang maju. Di masjid
Xiquan terjumpa seorang China yang pandai bercakap Arab! Ada madrasah! Kalau
pembaca tenguk rancangan di TV3 kisah hari raya korban di Lanzhou sangat
menarik!
Aku perasan sepanjang perjalanan, aku tidak nampak pelancung
Malaysia terutama Melayu. Jadi kami jadi perhatian. Bila kami beritahu dari
Malaysia, spontan mereka cakap 'Shila Hamzah'! Wow nampaknya Shila Amzah memang
popular di China!
Dari Lanzhou ke Xian aku naik flight dalam satu jam. Untuk
pengetahuan pembaca, trip laluan sutera China yang aku ikuti adalah menyaksikan
kesan peninggalan Islam, warisan dan budaya. Inilah laluan dilalui oleh
pendakwah dari Tanah Arab untuk menyebarkan Islam dan ada yang terus menetap di
sini!
Sedar tak sedar jarak perjalananku dari Urumqi di Xinjiang hingga
Xian ialah 7000 km! Aku betul-betul rasa puas berjalan dan memanglah penat
giler! Banyak perkara yang aku belajar dalam perjalanan ini disamping mengenali
kawan-kawan baru yang baik dengan pelbagai latar belakang!
Lagi sekali aku naik flight ke Guangzhou untuk pulang ke Kuala
Lumpur! Kali ini pemeriksaan tidaklah seketat seperti mana ke Xinjiang sebelum
ini! Menurut ketua grup kami, kalau di Airport Xinjiang, kami kena buka tudung
sewaktu discan seluruh badan! Oleh kerana itu trip kali ini, satu tempat
menarik di Xinjiang di batalkan kerana terpaksa menaiki filght!
* Sesuatu yang menarik, ada porter wanita di salah sebuah hotel aku menginap! Mereka memakai skirt dan bertumit tinggi! Tetap bergaya walaupun memunggah beg besar berkali-kali dan menghantar hingga ke pintu hotel!
* Di stesen keretapi di Turpan, beberapa porter wanita mengangkat beg besar naik tangga tinggi! Stamina mereka kuat apatah ketika itu mengejar masa! Mungkin tekanan ekonomi dan desakan hidup mereka menjadi lebih gagah walaupun badan tidaklah sebesar manapun!
![]() |
Salah sebuah masjid di Lanzhou. |
![]() |
Peniaga ini sedang buat mi tarik di Muslim Street, Xian. |
![]() |
The teracotta warrior. Bangunan pameran ini seluas stadium bola. Ada tiga bangunan carigali teracotta. |
![]() |
Aku terserempak dengan pelajar pulang dari madrasah di Linxia. |
Pelbagai kismis dan kacang dijual. |
Masjid Xiquan di Lanzhou. |
Hiasan dan reka bentuk dalaman masjid lama. |
Buah lai china yang muda di persekitaran masjid. |
Muslim street di Xian. |
The City wall dibina dari diceroboh oleh musuh beberapa abad yang lalu. |
3 comments:
Terima kasih atas komen saudari. Saya doakan saudari semoga dapat kesana! Insyaallah
Assalamualaikum,Akak boleh advise travel agent yang mana buat trip laluan sutra nih?
waalaikumusalam...akak ikut safirgotravel...boleh layari websitenya...www.safirgotravel.com
Post a Comment