Sambungan
Hari ini kami bergerak ke Xining. Lamanya perjalanan tujuh
jam sebab mendaki daratan tinggi dan berliku-liku! Masak-masak... berkematulah
punggung duduk lama sangat! Perjalanan ke Xining cuaca perlahan-lahan berubah kesejuk.
Kami melewati sempadan Qinghai menuju ke Tasik Masin Qinghai,
Xining. Tasik Masin Qinghai adalah tasik terbesar di China. Kalau pembaca rajin
mengoogle tasik ini sangat cantik dikelilingi sejenis pokok renik berwarna
kuning! Kali ni bas tak boleh gerak laju. Pendakian semakin tinggi!
Biarpun perjalanan lama, aku tidak terasa bosan sebab dihidang
pemandangan sangat cantik! Kiri kanan padang rumput hijau, air sungai jernih
mengalir. Menakjubkan kelihatan bebiri, yak, kuda dan lembu meragut
rumput. Dari jauh di atas puncak bukit
bebiri kelihatan seperti kapas! Malangnya kami tidak dapat turun kerana jalan
sempit tiada ruang untuk bas berhenti!
Sepanjang perjalanan aku terlupa entah berapa kali kami masuk
terowong. Gunung batu ditebuk menjadi terowong! Memang dahsyat teknologi dan
pembangunan mereka. Aku melihat empangan yang sangat besar di aras 1500 meter
dari laut!
Kami singgah di sebuah bandar kecil dihuni oleh etnik Tibet.
Kebanyakan mereka Islam! Kami makan tengahari dan bersolat di sini! Hampir
remang senja kami sampai ke Tasik Masin Qinghai, memang tak banyak aku snap gambar!
Cuaca semakin sejuk. Bila dah banyak jalan perut pun lapar! Di sini banyak
kedai halal dan hotel.
Akhirnya kami sampai ke Linxia atau di kenali sebagai Little
Mecca! Hari ini perjalanan memang meletihkan! 8.30 pagi kami gerak pukul 12.00
sampai ke hotel. Fuuhhh!! Yang paling lucu daripada riuh rendah merungut bila
nak sampai, akhirnya terus senyap kerana terlalu letih! Tapi aku tabik kepada
mereka walaupun berusia dari aku tapi cukup berstamina kerana mereka semuanya
kaki jalan!
Kami disambut dengan ucapan salam. Pekerja di lobi memakai tudung!
Pekerja lelaki memakai songkok (kupiah) putih.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment