Jadikan akal itu pemandu kita. Biarpun dalam kegelapan... kita tidak akan tersesat!
Friday, September 19, 2014
Aku tak mahu jikalau aku dimadu...
Adegan dari filem Indonesia Berbagi Suami. Banyak adegan lucu, sindiran dan ada juga seolah-olah menghina poligami. Satu babak yang lucu tapi terkesan bila El-Manik (dalam gambar) diserang strok dan tidak boleh bercakap. Dalam kepayahan untuk bercakap kepada anak lelakinya sambil menunjuk jari telunjuk keatas tapi tidak difahami! PUSINGGG!!! satu perkataan keras keluar dari mulut El-Manik. Spontan aku ketawa! Cukup bermakna!(Pesan ayah pada anaknya kahwin satu kalau tidak mahu pusing)
Aku tak mahu jikalau aku dimadu...Pulangkan saja kerumah orang tuaku... ( sekadar yang ingat dari nyanyian S. Ahmad dan penyanyi wanita dah lupa namanya)
Assalamualaikum pembaca budiman! Kali ini aku nak kongsi cerita pasal poligami! Aku pasti kaum wanita mesti sensitif punya dan marah-marah! Opps! Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Bertenang ya!
Aku terbuka dalam bab-bab poligami ni. Ini hukum Allah! Ia bukan haram tapi berdosa apabila suami gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama! Aku tidak sukalah pada kaum wanita yang suka membodohkan diri dan mengaruk macam orang gila semata-mata kerana seorang lelaki! Pedulikan!
Ada jiran di depan rumah yang aku lihat sebelum ini macam pasangan ideal saja. Isteri guru dan suami ustaz. Mereka ada seorang anak perempuan. Suaminya cool sahaja! Selalu juga terserempak dengannya! Dengar dia selalu pergi kelas menuntut ilmu agama. Ada juga aku ternampak sekumpulan jemaah dari Pakistan bertandang ke rumahnya!
Biasa juga ternampak jiranku ini balik dari masjid bersama-sama. Bagus! Alhamdulillah! Tapi... yang tak bagusnya bila ternampak siisteri dalam keadaan masih bertelekung menumbuk suaminya. Kalau ya pun masuklah dulu ke dalam rumah! Ini mesti kes cemburu agaknya! Ingat bergurau aje.... bila tenguk betul-betul siisteri beriya-iya menumbuk sisuami dalam keadaan marah! Puaslah sisuami menahan dengan tangannya! Macam mana ni tapi baru balik dari masjid!
Sejak itu selalu saja aku terdengar suara isterinya terjerit-jerit marah! Tenguk kereta sisuami tiada! Ini mesti bercakap dalam telefonlah! MasyaAllah kuatnya suara, sampai setiap buah butir patah perkataan jelas kedengaran bla...bla..bla... Pintu pulak terbuka luas! Semua cerita rumah tangga sepatutnya rahsia jadi semua orang tahu! Mengaibkan sungguh!
Selepas peristiwa terdengar suara terjerit-jerit macam orang gila tu aku jarang nampak kereta sisuami di depan rumahnya! Tanggapanku sisuami ni kahwin dua agaknya! Ada juga sisuami tu balik, tapi siisteri cepat-cepat tutup pintu dan kunci. Sisuami tunggu di luar dengan sabar! Berilah peluang pada suami membetulkan keadaan! Janganlah nak marah aje. Anak pun nak juga jumpa ayah juga!
Tapi yang pasti sisuami ni bila balik tak boleh masuk rumah lagi sebab kunci mangga sudah diganti lain. Sisuami kena panjat pagar. Bila buka gril tak boleh masuk pulak! Kadang-kadang sisuami tu duduk lama di luar menunggu! Kasihan! Bagi pandanganku tidak wajarlah siisteri buat macam tu! Sisuami balik untuk menunaikan tanggungjawab! Kenapa dihalang pulak! Bukankah membodohkan diri namanya! Memanglah hati sakit! Tapi fikir panjang-panjang! Suami tu bukan milik kita! Kontrol macam mana sekalipun kalau dah miang nak kahwin, kahwin jugak! Buat apa nak halang! Anggaplah ini satu dugaan!
Bukan rugi pun buat baik! Kita patut marah kalau sisuami tu terus meninggalkan kita dan tidak menunaikan tanggungjawab! Bagilah peluang kalau sisuami terus bertanggungjawab pada isteri dan anak! Kan untung namanya! Banyakkan mengadu dan berserah kepada Allah bukan amarah sepanjang masa. Kasihan juga siisteri ni nak keluar rumah pun terhendap-hendap takut terserempak dengan sisuami. Kalau dulu selalu bersidai di luar rumah sekarang rumput dah jadi lalang di laman sebab asyik duduk dalam rumah aje!
Sesekali bila terpandang muka siisteri tu tak berseri langsung! Muka serius semacam! Takut juga aku tenguk! Apa nak dikata cempedak dah jadi nangka! Sabar ajelah! Itulah namanya bunga-bunga kehidupan! Kalau nak kekalkan wanginya rajin-rajinlah baja dan siram pokok bunga tu! Insyaallah....bahagia akan datang. Jangan fikir bahagia fizikal saja tapi bahagia hati nurani tu yang penting!
Semua lelaki ada keinginan untuk berkahwin lebih dari seorang. Bak kata seorang kawan lelakiku kalau lelaki tu tiada keingingan nak kahwin dua sahlah dia memang gila! Dengar tu! Mahu atau tidak sahaja! Ada lelaki tu punya isteri cukup pakej tapi kahwin juga! Ada pulak isteri tak semenggah langsung tapi dapat suami masyallah baiknya! Semuanya adalah rezeki masing-masing! Allah tu Maha Pengasih! Sesuatu yang perkara yang kita tidak suka tu tetapi ia adalah terbaik untuk kita! Jadi janganlah meratap diri sehingga kemurungan!
Aku dah lihat sendiri dua isteri yang tidak boleh menerima takdir yang dia telah dimadukan walaupun suaminya tetap melayani dengan baik! Seorang tu terlalu banyak menangis akhirnya kena kanser otak hingga maut! Seorang lagi jadi sasau walaupun rumah besar, anak ada, cucu ada tapi itulah kalau kita asyik mengingatkan suami! Allahkan ada, berserahlah padanya! Tapi mesti orang kata kau tak rasa apa kau tahu! Cakap bolehlah! Bagi aku kalau kita memudahkan sesuatu masalah insyaallah ia akan mudah untuk kita! Hidup ini banyak pilihan, banyak perkara kita boleh buat untuk kita gembira selagi tidak melanggari batas-batas agama!
Kepada isteri muda aku ucapkan syabas selagi menjadi isteri yang solehah dan sentiasa bertolak ansur. Aku faham dari tidak berkahwin lebih baik berkahwin itu pun kalau usia dah agak-agak berumur. Kalau umur masih muda tak sampai 30 tahun dah ada boyfriend atau peluang nak dapat boyfriend muda tu cerah tapi nak juga kahwin suami orang memanglah nak cari masalah! Maklumlah lelaki-lelaki yang sudah berusia dan berjaya kebanyakkan suami orang! Jangan cari jalan pintas nak senang. Bukan senang nak jadi isteri muda! Kalau dapat isteri tua yang sabar oklah kalau dapat isteri tua yang queen control mati beraganlah isteri muda!
Pesanku kepada para isteri di luar sana jangan cepat lupa diri ya! Jangan rasa diri dah bahagia mula nak tunjuk angkuh! Bila tenguk ada gadis kahwin suami orang kutuk habis-habisan. Silap haribulan terkena batang hidung sendiri! Apa yang penting sentiasa bersedia mantapkan mental, fizikal dan kewangan. Jangan terlalu bergantung pada suami ya!
Bagi gadis-gadis yang rasa dah agak lanjut usia jangan rasa kecewa kalau belum ada jodoh! Usaha, doa dan bertawakal! Kalau ditakdirkan ada suami orang yang suka, kalau sanggup terimalah jadi isteri! Yang penting jangan sampai A-Z urusan rumah tangga isteri seorang yang buat. Sisuami balik melepaskan hajat aje. Lelaki macam tu layak kahwin misyar aje. Bila rasa tak diperlukan sepak saja keluar! Amboi keras bunyinya!
Pesanan terakhirku kepada para isteri dan juga janda yang kesunyian dan bermasalah pandai-pandailah menjaga maruah diri! Kadang-kadang aku naik rimas dan geli geleman melihat ragam mereka (tak semua ya) asyik nak tarik perhatian aje dalam FB! Tiap kali tenguk FB asyik-asyik muka dia juga berselfie-selfie! Kalau remaja tidak hairanlah tapi kalau dah separuh usia apa hal pulak!
Muka yang sudah berkedut-kedut dan berlekuk-lekak dicaptured dengan kamera 360 biar muka tampak licin, gebu dan mulus! Lepas tu tenguklah komen lelaki memuji cantiklah, ayulah, awet mudalah. Maka berbunyilah komen empunya badan syukur anugerah kepada-Nya walhal pujian itulah yang dinanti-nantikan! Macamlah orang tak tahu! Udah-udahlah masa muda dah berlalu! Buang sajalah tabiat yang tak untung pun!
Oklah lama pulak aku membebel! Anggaplah tulisan aku sebagai gurauan ya! Kalau ada yang terasa anggaplah kebetulan saja! Ambillah yang positif dan peringatan untuk aku juga! Hidup ini kalau tidak diuji bagaimana kita nak mengaku beriman kepada-Nya. Banyakkan bersabar dan carilah hikmah tersembunyi disebalik ujian tersebut!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment