Gambar hiasan
Bersua kita hari ini. Semoga para pembaca dirahmati Allah swt. Mood aku tiba-tiba nak menulis! Tapi tak tahu apa nak tulis! Sebenarnya jiwaku aku tidak tenang sejak kebelakangan ini. Aku tahu jawapannya! Mungkin Allah telah mengetuk pintu hatiku agar aku perbanyakkan bertaubat lebih kerap lagi. Bumi mana tidak ditimpa hujan! Inikan manusia tidak pernah sunyi dari membuat dosa!
Aku berharap aku menjadi lebih terbaik selepas melakukan beberapa kesilapan! Allah menjadikan makhluknya dengan pelbagai ragam! Kalau tidak diuji, bagaimana kita nak mengaku beriman kepada-Nya! Hanya dengan ujian demi ujian yang Allah anugerahkan menjadi kita lebih dekat pada-Nya! Opps! Bukan sekadar dimulut tapi dengan rasa keinsafan!
Walaupun sudah setengah abad aku melalui kehidupan ini masih banyak perkara yang perlu aku belajar! Aku selalu terkhilaf, aku selalu tewas dalam amarahku! Sebenarnya tidak banyak perkara aku dapat berkongsi dengan semua orang! Aku lebih banyak bermonolog dalam jiwaku! Ada kalanya aku terlalu ingin bercakap dengan seseorang tapi pada siapa?
Aku selalu bertanya pada diriku sendiri? Sampai bila aku harus hidup begini? Kasih saudara, kasih kawan hanya sementara! Itu pun masa kita sihat bagaimana kalau sakit berpanjangan. Sanggupkah mereka? Ya Allah, jangan kau uji aku dengan sakit berpanjangan, kronik sehingga aku tidak mampu beribadah kepada-Mu.
Aku tiada sesiapa? Hanya bersandar pada-Mu seluruh jiwa ragaku!
Walaupun Kau tidak anugerahkan aku seperti mana wanita lain yang mempunyai keluarga. Aku tetap bersyukur kerana aku lebih bernasib baik dari mereka yang kekurangan serba serbi! Di dalam kekuranganku, sebenarnya Allah banyak menganugerah masa untukku! Melalui masa inilah, banyak persoalan datang bertubi-tubi kebenakku tanpa sedari Allah telah memberi jawapan melalui deria rasa dan kepekaanku! Alhamdulillah! Hati ku masih belum mati sebelum masanya!
Biarpun aku pekerja bawahan, tiada pangkat, gaji kecil aku tidak pernah menyesal bekerja di sini! Biarpun ramai kawan silih berganti mencari padang yang lebih luas dan hijau aku tetap setia! Di sini Allah ketemukan aku dengan hamba Allah yang sudi mengajar ku membaca al-Quran dengan bertajwid setelah lebih 10 tahun aku berdoa agar mendapat seorang guru al-Quran. Aku akui jiwaku kian lembut, hati ku tenang dan daya ingatan makin kuat! Semoga hamba Allah itu dianugerah rezeki diberkati dunia akhirat!
Aku setia di sini kerana masih kuat ukhuwah dalam berjemaah. Hari-hari Allah memberi aku kesempatan berjemaah waktu asar. Adakalanya Allah limpahkan nikmat itu dikala aku terpaksa berkerja lebih masa. Aku diberi kesempatan berjemaah waktu maghrib dan ada kalanya waktu Isyak! Semoga Allah melimpahi rezeki kesihatan yang sihat kepada hamba Allah itu yang ikhlas setiap masuk waktu mengalunkan azan dan menjadi imam untuk kami!
Dulu aku selalu mempersoalkan nasib aku tidak sebaik orang lain. Aku selalu meratap diriku sendiri! Kini aku mesti bangkit perbaiki diri. Biarlah aku menangis kerana mengabai tanggungjawabku kepada-Mu! Kalau selama ini tugasku mewarnai dengan kreatif, sekarang aku harus mewarnai kehidupanku dengan lebih kreatif kerana hanya kita yang berhak melakari kanvas hidup ini! Semoga Allah permudahkan tugasku!
No comments:
Post a Comment