Monday, October 20, 2014

Abaikan saja tayar berlumpur tu!


Assalamualaikum pembaca yang dikasihi!

Dalam satu minggu ini aku diuji kesabaran dengan jiran di depan rumahku. Jiranku budak-budak muda, bekerja dan pelajar. Yang pasti mereka ni memiliki banyak kereta. Masalahnya bila banyak kereta mulalah parkir tak kira tempat, tempat orang atau tempat tak sepatutnya!

Biasanya aku parkir di luar sahaja. Namun ada juga sesekali kereta jiran parkir di tempatku. Ada juga bila dah berhari-hari parkir macam parkir dia terpaksalah aku letak nota. Selesai bab, timbul bab lain pulak,  orang lain pulak yang parkir! Takkanlah aku nak cacakkan papan tanda pulak? Kalau di depan pagar kita mestilah parkir kita! Tak faham juga ke?

Ada juga aku letakkan baldi buruk di tempat parkir akhirnya diangkut lori sampah! Aku letak pula kerusi buruk akhirnya hilang juga diangkut lori sampah. Rajin sangat lori sampah mengangkut! Kalau tidak berbulan-bulan tak diangkut pun! Aku tidaklah berkeras sangat setakat parkir kereta sekejap sehari. Masih ada ruang parkir di dalam tapi bersesaklah!

Aku tidak suka membahasakan orang biarpun tindak tanduk mereka salah! Pengalamanku pernah parkir satu malam di depan rumah jiranku (kelamin), kerana ada tetamu bertandang pagi esok aku dah dapat nota walhal tidak menganggu pun! Memang sakit giler hati aku!

Itulah aku pertahankan agar aku tidak mahu menyakitkan hati orang!  Tapi kalau sudah bersidai lebih satu minggu macam kereta rosak apa hal pulak. Terpaksa aku parkir di kawasan sebelah porch. Sekarang musim hujan mulalah tanah becak dan air bertakung! Bila tayar sudah dilanyak keluar masuk makin bertambah becaklah. Namun kereta jiran tu masih tidak berganjak jugak! Geramnya hati rasa mahu saja pancitkan tayar. (Hanya dalam hati saja)

Kalau tak pakai kereta kenapa beli kereta. Lepas tu menyusahkan orang lain. Mana letak akal! Bertimbang rasalah. Aku nak cuci kereta pun tak guna. Balik nanti terpaksa parkir di tempat becak tu semula. Guruh dah berdentum-dentum di luar kejap lagi hujan turun. Balik nanti kalau kereta jiran tu masih ada tak tahulah aku nak cakap. Aku sudah pun letak nota!

Aduhai memang menguji kesabaranku. Sudahlah kereta buruk, tayar pulak berlumpur. Hodoh betul rupanya. Aku mengurut dada... sabar, sabar ya wahai hati! Kenapalah aku malu sangat melihat tayar berlumpur sedangkan hati yang berlumpur dengan penyakit hati tidak pulak aku malu!

Hati kotor mana orang nampak! Tayar kotor semua orang nampak. Sudah pasti orang kata pemalasnya owner kereta tu! Tidak pulak terfikir hati yang kotor siapa yang nampak!

Betullah kita terlalu memikirkan kecantikkan luaran tapi abaikan kecantikkan dalaman! Tayar berlumpur itu telah menjentik hati nuraniku! Hati itulah sepatutnya dipelihara dan dijaga agar segala anasir-anasir jahat tidak mudah menerobos! Ya Allah! Apalah malu sangat pada tayar yang berselut lumpur tu. Bila dicuci hilanglah dia! Tapi... hati yang masih keras dan kotor selagi tiada usaha untuk membersihkan takut kita tidak dikasihi Allah swt!

Aku hanya mampu berdoa agar Allah lembutkan hatiku dan pemilik kereta itu agar dia bertimbang rasa!

4 comments:

TukangKebun said...

Teringat pula ketika lalu di sebelah pasar. Ada kereta parking tak kena tempat di sebelah jalan jadi keretanya banyak keluar di jalan. Lantas mengganggu jalanraya yang bukan sehala yang sesak terpaksa himpit-himpit jadi 1 way pula akibat mereka yang pentingkan diri nak senang sendiri tapi menyusahkan orang lain.Tentu menimbulkan amarah orang ramai bila kami lalu sebelah kereta tersebut nampak kesan banyak kena calarkan keretanya yang berkilat tu.

NOOR said...

Susah nak faham perangai orang sebab terlalu mementingkan diri sendiri. Biarlah parking jauh asal tak menganggu. Memang hati marah tapi bila ingatkan bencana yg melanda negara orang, segeralah kita memujuk hati agar belajar bersabar peringatan utk diri saya!

kakchessie said...

Hmmm. Mcm nasib saya juga. Jiran sblh anaknya berkereta belaka, dah bersilih ganti park depan rumah kita. Kekadang berhari2 tak ubah. Sampai hadnya saya pergi sound lah. Rimas...

NOOR said...

terima kasih kakcheesie respons ! Tak sangka ada yg masih sudi membaca. Blog saya umpama rumah tinggal dihuni makhluk lain hihi