Jadikan akal itu pemandu kita. Biarpun dalam kegelapan... kita tidak akan tersesat!
Wednesday, October 1, 2014
Damai itu Indah!
Perkuburan Masal. Disini seramai 46,000 jasad dikebumikan tanpa nisan!
Kerosakan masjid Rahmatullah, Lampuk di satu sudut dikekalkan sebagai sejarah! Kawasan ini disapu bersih oleh tsunami. Hanya seorang selamat berdiri sebalik kubah masjid! Air melewati bumbung masjid!
Salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi semoga anda dilimpahi rahmat-Nya.
Singkatnya masa! Dah pun masuk bulan Oktober! Minggu depan Aidil Adha menjengah kita! Semakin hari semakin terasa kecepatan waktu. Dulu ketika aku kecil selalu mengeluh lambatnya hari raya. Tak sabar nak puasa! Nah sekarang, kalau dapat ditolak hari, waktu dan jam pasti semua berbuat demikian. Pelik bukan! Jarum jam berputar tidak pernah laju tapi masa semakin singkat! Kita renunglah sedalam-dalamnya!
Baru-baru ini aku melawat Banda Aceh, Aceh! Ini kali kelima aku melancong ke Indonesia! Namun lawatan di Aceh sesuatu kelainan dan ia benar-benar melekat disanubariku! Niatku ke Aceh untuk mengambil iktibar dan memotivasikan diri!
Lupakan soal keseronokan! Bershopping! Tapi penghayatan kekuasaan Allah kepada hamba-Nya. Banda Aceh paling teruk di landa kesan tsunami. Lebih seratus ribu nyawa terkorban! Tsunami melanda Banda Aceh dalam lingkungan tujuh km persegi!
Menurut saksi yang selamat gelombang tsunami melebihi pucuk kelapa menghempas kedaratan dan mengaut segala-galanya ke laut sebanyak tiga kali! Airnya berwarna hitam dan juga kemerah-merahan bercampur segala bahan toksin dari perut bumi kemudian dimuntahkan kepermukaan laut. Banyak mangsa yang selamat akhirnya mati sebab tertelan air tsunami!
Namun ajaibnya, mayat-mayat tidak berbau kerana kandungan air tersebut! Bayangkan bau mayat melebihi seratus ribu orang! Ada mayat terus mengempis!
“Tu bukit di depan sana ketika gelombang datang, air keluar dari celah-celah bukit sebab disebaliknya laut,” terang Rezal kepada kami! Subhanallah tingginya! Tidak dapat aku bayangkan di kala itu. Mana nak lari! Mereka yang tinggal berhampiran pantai lupus disapu tsunami! Macam-macam cerita aku dengar. Walaupun aku tidak cukup tidur namun bersemangat mendengar cerita dari Rezal pemandu pelancung kami.
Itulah hikmahnya selepas tsunami melanda! Konflik Aceh dengan kerajaan pusat berlangsung 30 puluh tahun tanpa kesudahannya akhirnya berdamai! Aceh mendapat kuasa autonomi. Sekian lama Aceh menderita dan ketinggalan ekonomi. Kekayaan minyak 80 peratus diambil pusat! Tetapi kekayaan tidak diagih sama rata! Rakyat ditindas! Sebab itulah rakyat Aceh bangkit memberontak! Mereka hidup dalam ketakutan. Yang melawan dibunuh dan ada kaum wanita diperkosa!
Kini mereka benar-benar menikmati erti kebebasan! Kalau dulu malam tidak bebas keluar dan berniaga. Sekarang mereka boleh mencari rezeki hingga kepagi tanpa diganggu. Sebagai negeri yang mendapat jolokan serambi Mekah, Aceh menghidupkan hukum syariah! Semua kaum wanita bertudung. Yang ingkar diberi tazkirah. Apa yang aku lihat Islam di Aceh dijunjung dan rasa tanggungjawab pada Maha Kuasa bukan dipaksa. Pendekatan Islamnya berjaya kerana 98 peratus rakyatnya adalah Islam!
Di sini tiada panggung wayang dan kelab-kelab hiburan. Mereka hanya melepak dikedai minum-minum dan mencari rezeki. Diwajah mereka tiada keletihan dan tekanan! Nikmat kebebasan dan kedamaian satu anugerah Allah yang tidak ternilai bagi mereka! Mereka benar-benar menghargai kedamaian!
Tapi di negara kita nikmat kedamaian sering dicabar! Apakah itu yang kita inginkan! Percayalah bila meletusnya konflik maka untuk meredakan amat sukar sekali! Tangan-tangan ajaib terus memainkan peranan memanaskan keadaan. Akhirnya siapa yang rugi? Kita semua!
Selepas 10 tahun kejadian tsunami, Aceh bangun semula. Biarpun Banda Aceh tidak sehebat Jakarta atau Bandung, tapi ia tenang. Tidak ada pengemis. Kalau adapun mereka yang tidak upaya atau terlalu tua! Pelancung terus meningkat! Hotel Medan tempat aku menginap silih berganti kunjungan pelancung dari Malaysia dan juga Eropah! Semoga Aceh terus maju dan terpelihara maruahnya dari anasir luar!
Pantai Lampuk dan lautnya amat indah belum tercemar! Ombaknya besar. Aku bernasib baik dibawa berkunjung di sini! Bukan semua pelancung dapat ke sini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Seronok klau dapat kesini, dapat lihat kehidupan rakyat yang mendaulatkan Islam, tentu ada ketenangan
cantiknya laut dan pantai bersih,
Terima kasih sud@is!Rajin-rajinlah jenguk blog saya yang baru merangkak!
Post a Comment