Wednesday, October 15, 2014

Gunung berapi tidur!
















Terima kasih gambar ihsan dari sebuah blog tak ingat nama pemiliknya


Assalamualaikum pembaca budiman semoga sentiasa dimurahi rezeki dunia akhirat!

Pembaca mesti pelik kenapa tiba-tiba gambar gunung berapi intro cerita aku ini. Saja suka-suka! Aku dulu cita-cita tinggi pernah nak jadi geologist, doktor macam-macam akhirnya inilah kerja aku. Tulah masa sekolah malas belajar asyik main aje!

Salah satu kegemaranku suka membaca tentang alam dan kesihatan. Biarpun tidak dapat degree tapi ia amat menafaat untukku. Kan membaca tu jambatan ilmu! Lagipun banyak membaca daya ingatan kita semakin kuat dan menghindari dari penyakit nyanyuk!

Pembaca kalian tenguk dan fahamilah gambar ini! Tiada ketakutan pada mereka, semua diterokai biarpun amat berisiko atas nama mencari ilmu! Tenguk gambar no 9 dan 10 betapa kecilnya manusia di tepi kawah gunung berapi. Boleh pulak tinjau-tinjau macam tinjau air dalam tangki aje! Hisshh ngeri! Itulah pengorbanan saintis yang sentiasa mencari maklumat-maklumat terkini untuk kita! 

Ya pembaca semuanya berlaku atas izin  Allah swt. Bagi mereka yang bukan Islam sudah tentu menganggap kejayaan itu dari usaha mereka.  Tanpa kegigihan, mereka tidak dapat apa yang mereka mahu! Bagi kita orang Islam, yakinilah segala-galanya dari Allah swt. Biarpun mata kasar  mengatakan kita yang berusaha hakikatnya hanya perasaan yang halus sahaja dapat merasai! Itulah yang aku sentuh posting lalu hanya 'perjuangan' dapat meningkatkan iman kita!

Oklah lupakan soal tu! Setiap kali aku melihat gambar gunung berapi pasti tersorot memori lucu lebih 30 tahun lalu. Ketika itu aku di tingkatan 6, cikgu Geografi Fizikal biarlah aku panggil cikgu M! Dia berbangsa India. Kulitnya gelap dan perutnya besar. Bila berjalan perutnya bergegar-gegar.

Entah di mana silapnya gara-gara kawanku terjatuh dari kerusi patah, datang idea kerusi patah tadi diletakkan di satu sudut di depan kelas. Bila dilihat kerusi itu macam  elok sahaja! Kebetulan pagi itu subjek cikgu M.  Topik hari itu ialah gunung berapi! “Ada gunung berapi aktif dan ada gunung berapi tidur” terang cikgu M kebetulan aku rasa nak tidur!  Seperti biasa cikgu M akan berjalan satu baris demi baris. Bila ada kerusi kosong dia akan duduk! Kebetulan Cikgu M menyuruh seorang demi seorang bincangkan tentang kejadian gunung berapi di papan hitam!

Sebenarnya aku dan beberapa kawan sudah tahu hal kerusi itu! Bila cikgu M bangun dan berjalan ke depan hatiku cemas. Pandang tak pandang aje. Jantung berdebar-debar, cemas pun ada! Akhirnya apa yang di tunggu benar-benar terjadi, cikgu M sudah duduk di atas kerusi itu. Aikkk! Tak jatuh pun!  Sebaik saja cikgu M mengubah kedudukannya, gedegang gedebukk!! Cikgu M sudah terjelepok di atas lantai.

“Ayo kerusi patahkah!” Masing-masing terdiam. Aku tunduk. Kasihannya cikgu M! “Apa ni cikgu sayang murid, murid tak sayang cikgu” cakap cikgu M sambil mengusap tapak tangan yang berdarah! 

Itulah kenangan lucu sehingga kini aku tidak pernah lupa! Buruknya perangai aku dan kawan-kawan. Semuanya perempuan tu! Cikgu M sudah pun meninggal dunia.

Dalam satu cerita lain pula, aku menyaksikan pemanjat kelapa terjatuh dari pokok kelapa betul-betul di depan aku! MasyaAllah lajunya. Bukkkk! Terpenpam aku sekejap! Macam tak percaya. Aku tenguk pemanjat kelapa tu sudah terlentang di atas tanah. Nafasnya masih ada! Aku buatlah CPR di atas dadanya. Sebenarnya aku pun tak pasti cara itu betul atau salah hanyalah berdasarkan apa yang aku baca!

Namun sudah ditakdirkan ajalnya. Jenazahnya di bawa ke hospital dan dipost mortem! Aku dapat tahu kematiannya akibat gegaran otak yang kuat. Biarpun jatuh pada ketinggian lebih 10 meter tapi tiada pendarahan luar!

Sebenarnya melalui pembacaan banyak membantuku. Biarpun cita-cita aku nak jadi doktor tidak tercapai ada dua tiga kes kecemasan dapat aku selesaikan. Anak saudaraku tercekik tulang ayam sampai sesak nafas segera aku menjolok jariku kedalam tekaknya. Aku dapat menarik tulang ayam yang tersangkut di kerongkongnya. Memang besar! Satu kes anak saudara juga tersengkang biji gula hingga muka pucat. Spontan aku menepuk belakangnya, serta merta gula itu terkeluar. Dalam bab tercekik ini kena cepat bertindak jangan cemas!

Nasihat ku pada pembaca dan aku sendiri banyak-banyaklah membaca! Pilihlah bacaan yang ada kualiti. Semenjak diri ni dah semakin tua cepat sangat pulak mengantuk! Macam mana nak membaca! Tun Mahathir contoh terbaik, kuat membaca sebab itu dia sentiasa tahu dan peka disekelilingnya biarpun usia hampir 90 tahun! Akhir kata selamat membaca, segar-segarkan minda!






5 comments:

Unknown said...

Good sharing :)

NOOR said...

Terima kasih Aishah. Dah tua ni banyak sgt memori menyentuh perasaan

sud@is said...

Banyaknya nostalgia suka duka kat sini, kenangan memori terindah...
Y akita kena banyak membaca untuk tambah pengetahuan, bacaan pun dihujung jari sekarang ni...

TukangKebun said...

Salam Bahagia.

Saya juga teringatkan Cikgu Geography masa sekolah menengah dulu berbangsa India. Sampai sekarang saya masih ingat dengan nasihat dia yang motivate saya dapatlah keputusan boleh dapatkan biasiswa hidup negara orang. Masa menunggu ujian lisan SPM, cikgu tu menemani saya. Dia kata dekat saya, awak ni pergi sekolah tak belajar bergaul dengan budak-budak nakal. Tapi awak ni berkeupayaan dalam pelajaran lebih baik lepas ni awak banyak duduk rumah belajar je sampai SPM nanti. Saya ikut kata dia saya duduk rumah belajar tak pergi sekolah, Alhamdulillah dapat keputusan baik. Saya ingat cikgu lelaki berbangsa India tu nama dia Cikgu Suria. Kalau tanam matahari teringatkan dia.
Pertama kali saya tengok gunung berapi begitu di Indonesia masa belum sekolah lagi pergi dengan mak melancong.

NOOR said...

Ya tukang kebun. Cikgu M mengajar mmg bagus. Biarpun saya seorang pemalas belajar tapi saya dapat principal dalam geografi cuma rezeki tak dpt sambung belajar!