Thursday, April 9, 2015

Bagaikan kapas!


Sepanjang jalan yang memutih.
 
Underground Kaymali... semput aku di sini.

Simple menu ...tapi menyihatkan.

Muzium dan makam Mustafa Kamal Antartuk.

Sebahagian pemandangan di bandar Ankara.

Sejuk giler...beku!

Salji tebal di Bolu.

Sayur segar...tapi tak boleh masuk perut!

Macam patung! Aku cuba menyakat tapi diberi amaran!

Assalamualaikum para pembaca yang masih sudi membaca blogku. Doaku agar kalian sentiasa dirahmati dan dikasihi Allah swt.

Seperti biasa pukul 8 pagi kami berkumpul di lobi selepas sarapan! Kami akan menuju ke Ankara lebih kurang lima jam perjalanan! Aku tenguk keluarga Ronnie masih tak puas ambil gambar dan sempat pulak buat snowman! Kami singgah Bandar Bawah Tanah Kaymali! Ia seakan gua kena menyusup lubang, naik tangga menegak! Aduh!! Tersiksa aku, betul-betul mencabar dengan badan yang comel ni! Sudahlah sejuk giler menyucuk hingga ke tulang. Penghuni di sini pernah hidup enam dekad sebelum kedatangan Nabi Isa. Lama tu! Di dalam bandar ini (gua) mereka tinggal beramai-ramai dan berjiran! Ada perigi, ada bilik, ada gereja! Tak tahulah kenapa mereka memilih tinggal di sini!

Keluar dari Kaymali terasa pulak perut sakit nak buang air! Sejuk-sejuk ni memang nak buang air saja. Masuk  toilet di kedai cenderahati aku tenguk dalam mangkuk toilet ada ais. Bila buka paip alamak air takda! Stress betullah apa lagi lap sajalah! Nak basuh tangan pun tak boleh! Hiii geli rasanya! Malas aku nak bayar 1 lira pada budak yang jaga toilet kebetulan dia tiada di situ. Sebenarnya air beku! Cuaca takat beku! Aku pergi ke timbunan salji yang tebal tu. Aku gosok-gosok kedua tanganku dengan salji. Aku tidak peduli sejuk sejuklah janji tangan aku bersih dan yakin!

Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di tasik garam di mana di situ ada menjual produk dari garam seperti produk rawatan kulit muka dan juga lampu garam yang memang elok untuk kesihatan! Akhirnya kami sampai ke Angkara, ibu negara Turki. Bandarnya cantik dan tersusun. Ankara terkenal sebagai pusat pentadbiran seperti Putrajaya! Semua kementerian bertumpu di sini! Kami pergi melawat Anatolian Civilization Museum dan Antartuk Museum. Banyaknya statue Mustafa Kamal sampai terkejut aku dibuatnya yang adakalanya nampak ia seakan hidup! Segala peninggalan dan riwayatnya tersimpan di dalam muzium ini. Aku hanya melihat visual makam Mustafa saja. Makamnya disebalik dinding dan tidak boleh dilihat! Mengalahkan makam Rasulullah yang boleh dikunjungi oleh umatnya bila-bila masa!

Perjalanan akhir  hari ini kami bermalam di Bolu! Sebenarnya di Bolu ada hutan menarik dan tasik Abant. Oleh kerana musim sejuk tak mungkin kami menikmati ini semua! Kami bermalam di sini. Salji di sini tebal sungguh! Biarpun lapar selera makan aku sudah mula menurun. Makanannya yang tidak pedas membuatkan cepat rasa jemu. Makanan yang hampir sama rasa setiap hari biarpun makan pelbagai masakan daging dan ikan! Aku tenguk orang lain makan sedap, makan sayur, makan buah! Aku pulak susahnya nak makan sayur dan buah terasa sejuk masuk dalam perut!

Alhamdulillah perut dah kenyang. Badan pun dah letih. Nak berlegar-legar di luar cuaca sejuk. Seperti biasa tunggu apa lagi tidorlah. Selamat malam!


BERSAMBUNG





  




No comments: