Alhamdulillah bertemu sekali lagi dengan
pembacaku yang dikasihi semoga dipermudahkan segala urusan!
Rasanya lebih sebulan juga corat-coretku kisah
percutian di Turki! Harap-harap lepas ni hasrat untuk pergi ke satu negara yang
lama terpendam akan dimakbulkan Allah swt! Hanya masa dan ketika sahaja.
Betullah berjalan ni ketagih dibuatnya! Kenalah cari extra money dan
berjimat cermat!
Kali ini aku nak berkongsi dengan pembaca
sekelian tentang hati! Yalah, aku ni sorang-sorangkan! Dah tua-tua ni nak fikir
yang baik-baik saja! Sebenarnya aku rasa sedikit kesal tentang seorang kawan
dan juga sepupuku biarlah aku namakan S berterus terang memutuskan silatulrahim
denganku! Ini ekoran posting blogku bertajuk 'Antara lorong nostalgik
dan kisah sebuah rumah' diposting pada bulan Ogos tahun 2014. Kisah
itu ada menyebut tentang tuan tanah iaitu datuk kepada S dan juga moyang
kepadaku!
Aku tidak mahu komen panjang hal ini. Baru-baru
ini aku mesej sekali lagi bertanya khabar bila mendengar kau masuk hospital!
Aku mengajak berbaik-baik semula! Lagi sekali aku memohon maaf! S sekarang
mengalami krisis dalaman dengan keluarga dan juga sepupunya sendiri! Aku tahu
tika ini jiwa S kusut dan gelisah apatah sudah berpisah dengan suami! Anak
sulung pula berkahwin dengan suami orang yang ada firma guaman sendiri!
Aku ingat bila perkara ni dah lama berlaku S
akan sejuk! Aku tersilap! Aku dibalas perkataan seolah-olah tiada iman di dalam
dirinya! Selama ini aku mengenali S seorang yang manis bertutur! Tenguk saja
dalam FBnya ramai terpesona dengan perkataan hebat dan motivasinya! Seorang
pemaaf ! Rupa-rupanya kau berhati serigala! Aku benar-benar tertipu! Pengalaman
pahit kau diuji tuhan rupa-rupanya menjadi kau lebih tegar dan mulut kau amat
berbisa!
Selama ini aku bersangka baik pada
S rupa-rupanya tersilap! Aku masih belum cukup mengenali S! Artikel aku
dijadikan alasan untuk menghukum aku. 'Tulisan kau, aku anggap pemutus
silatulrahim dan hubungan darah aku dan kau! Itulah mesej dari dia!
Teruk sangat ke artikel aku tu! Sedangkan kaum kerabatnya tidak kisah pun!
Hebat sangatkah kau sehingga tidak boleh tersentuh sikit biarpun artikel itu
berkisar tentang semangat ibuku yang melawan penyakitnya!
Kebaikan aku dan perkongsian kisah sedih kau
bersamaku langsung tidak dihargai! Siapalah aku! Aku tiada anak! Kau ada
anak-anak yang cantik dan tampan yang boleh menjaga kau di masa depan! Kau
menjatuhkan hukum atas kesilapan orang, tapi kau tidak menyedari bila anak
saudaraku dan juga anak saudara sepupumu sendiri meninggal dunia! Apa kau kata?
Jauh sekali nak ucapkan takziah....tapi kau semburkan kata-kata tidak
sepatutnya pada orang yang menyampaikan berita tentang kematian itu!
S, aku ingat hati kau selembut baldu! Ya, aku
sentiasa muhasabah diri dan buang egoku, mengaku kesilapan dan kelemahanku! Aku
mohon maaf padamu kerana aku tidak mahu diperkatakan cerita buruk tentang
diriku bila aku mati kelak! Aku tiada daya untuk mengubahmu melainkan doa yang
baik untuk mu! Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah dan berubah sebelum
jantung kau terhenti! Kau tahu bukan apa hukum memutus silatulrahim yang
termaktub di dalam al-Quran. Berbaik-baiklahlah kau dengan abang kandungmu,
sepupu-sepupumu dan orang keliling yang benar-benar mengenalimu!
Tariklah perkataan yang kau lepaskan padaku. Aku
takut ia menjadi ketulahan pada diri kau sendiri! Kalau kau benar-benar
sayangkan arwah datukmu, buatlah terbaik bukan menyakitkan kerana arwah
mengharapkan waris-waris yang hidup untuk menyambung kebajikan yang tidak
sempat dilunaskan! Kau hanya hebat berbicara dengan ilmu tapi kau tidak pernah
berbicara dengan hati! Semoga Allah ampunkan dosa kau dan renung-renunglah
kataku dengan mata hatimu!
Jadikan hati kita umpama salji yang mencair di bawah panahan mentari dan memudahkan setiap langkah kearah kebaikan! |
No comments:
Post a Comment