Aishah di Camlica Hill |
Dah berkenanlah tu! Apa lagi belilah! |
Bye-bye Aydin...we always miss you! |
Saat perpisahan... Aydin bersama keluarga Ronnie dan Kak Tila |
Assalamualaikum para pembaca yang masih sudi membaca blogku. Semoga kalian sentiasa diberkati rezeki dunia dan akhirat!
Selepas
bersarapan kami semua berkumpul di lobi hotel. Di sini aku berjumpa orang
Malaysia dari Andalusia Travel. Aku terkejut bila diberitahu salah seorang dari
grup mereka patah tangan ketika melawat Ephesus. Husssh! Ngerinya aku dengar. Terjatuhlah tu.
Di tapak arkeologi itu tangganya tinggi-tinggi belaka memang sukar untuk
melangkah. Ketika aku melangkah naik ke tangga menuju ke The Theatre punyalah
mencabar dan tidak ada tempat nak berpaut. Tambahan pulak badan aku yang comel
ni! Lutut pulak dah mengetat!
Pagi
ini kami bergerak menuju ke Istanbul lebih kurang tiga jam perjalanan.
Nampaknya perjalanan masih kelihatan bersalji. Aku amat berharap di Istanbul
nanti tiada salji seperti mana di awal waktu aku sampai dulu! Namun semakin
dekat menghampiri Istanbul pemandangan masih bersalji cuma tidak setebal
seperti di Capadoccia! Sebelum masuk sampai Istanbul kami singgah di Camlica Hill
untuk melihat keindahan Kota Istanbul dari puncak tertinggi!
Salji
tebal! Aku terpaksa melangkah berhati-hati apatah ia mendaki bukit. Aku masih
trauma! Berada di Camlica Hill pada musim sejuk sebenarnya tidak memberi
apa-apa impak yang menarik. Semuanya putih! Kalau tidak kerana ribut salji, Istanbul
pasti menarik dan tidak bersalji! Apakan daya Dia yang Maha berkuasa!
Sekurang-kurangnya aku bersyukur dapat berjalan di ketika itu!
Selepas
itu kami pergi membeli belah di Grand Bazaar! Ketika itu salji berlonggok
di kiri kanan ada yang mencair maka jalan digenangi lopak ais. Kini baru aku
tahu kenapa disarankan pakai kasut kalis air! Aku memakai kasut dari material
kain walaupun tebal tapi tidak kalis air. Sebenarnya aku bermasalah berkasut
sebab jari tulang aku ada problem! Ada kecederaan dan kedudukan tulang tu lari
sedikit akibat bersukan. Sejak itu bila pakai kasut tak boleh lama-lama!
Satu jam sudah memadai! Dari hujung jari sampai keatas kaki dengan urat-urat
sekali sakit! Tapi kasut yang baru aku beli ini amat selesa dan jari tidak
terasa sakit!
Melihat
lopak ais di sana sini menyebabkan aku panik! Mana nak pijak ni! Tiada ruang
kering untuk dilalui! Akhirnya kaki aku terbenam jua dalam lopak ais! Kasutku
basah lencun dengan stokin sekali! Uhhh! Sejuknya! Allah saja yang tahu ketika itu! Aku tidak keruan! Cepat-cepat aku melangkah masuk ke Grand Bazaar yang
terkenal dengan kunjungan pelancung paling tertinggi di dunia! Fokus untuk
membeli sudah hilang, aku tercari-cari nak beli stokin.
Paling
aku takut kalau aku demam nanti! Nanti menyusahkan orang lain pulak. Sakit di
punggung masih belum hilang lagi! Sampai di depan gerai menjual t-shirt aku
duduk di atas bangku! Aku tanggalkan kasut dan pekapkan kertas tisu pada stokin
yang basah tu! Tiba-tiba seorang pemuda Turki bercakap sesuatu pada penjual
gerai tersebut! Lalu dia hulurkan stokin kepadaku! Dia suruh aku pakai!
Cakapnya lagi dia dah lama beli stokin tu tapi tak pakai pun lagi!
"Rupa-rupanya awak orang pertama memakainya. Ambillah dan pakai! Nanti
awak demam!" kata pemuda Turki itu. Terima kasih banyak-banyak kepada
pemuda itu yang simpati padaku. Hanya Allah membalas kebaikannya!
Cuaca
di sekitar bazaar ketika itu memang sejuk kerana hujan turun renyai-renyai!
Sebelah bazaar ini ada masjid besar. Kami solat
di sini sambil memanaskan badan! Masjid di Turki memang besar-besar tapi
ruang solat wanita terlalu kecil! Aku tidak lupa ketika bersolat di satu
masjid! Tempat solat wanita terpisah jauh di belakang masjid tapi tempat
berwuduk berdekatan dengan ruang solat lelaki. Sudahlah salji tebal dan jalan
pula menurun! Aku merangkak-rangkak berjalan! Ubin yang berdekatan tempat
berwuduk tersebut jenis licin diselaputi salji. Ya Allah nak menangis aku
ketika itu. Jariku terkepit di celah pintu ketika keluar dari bilik wuduk
kerana berpaut tatkala menuruni tangga! Aku amat takut kalau terjatuh sekali
lagi! Termengah-mengah aku mengambil nafas berjalan dan mendaki di atas salji
tebal untuk masuk ke ruang solat wanita! Lepas tu naik tangga lagi! Terbayang
aku masjid di Malaysia betapa praktikal dan mudahnya untuk kaum wanita!
Setelah
agak lama berehat di dalam masjid, kami beredar ke bazaar menikmati air panas
dan kentang goreng. Hujan turun renyai-renyai. Semakin lewat petang makin ramai
orang berkunjung ke bazaar ini. Ada juga penjual di sini yang fasih bertutur
bahasa Melayu loghat Indonesia. Aku rasa lambat laun bazaar ini macam di Mekah
di mana-mana penjual boleh bercakap bahasa Melayu!
Hari
ini sebenarnya hari terakhir kami bersama Aydin! Esok dia ditugaskan membawa
pelancung dari China. Waktu makan malam di hotel, jelas terpancar kesedihan di
wajah masing-masing dan juga Aydin! Kami sebenarnya serasi dengan Aydin. Aydin pula seronok
bersama grup kami biarpun sesekali ada juga berwajah kelat bila ada dikalangan kami terlambat!
Aishah tak dapat menahan kesedihan, menangis! Dialah meriuhkan suasana sehingga Aydin memanggil the naughty student! Adat bertemu dan berpisah lumrah
kehidupan! Kami masih berhubung hingga kini! Selamat tinggal Aydin!
Guler-guler!
Esok
hari terakhir kami melawat kota Istanbul! Ardan akan jadi tour guide kami! Macam mana rupa Ardan agaknya? Baik ke orangnya? Ok
selamat malam!
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment