Jadikan akal itu pemandu kita. Biarpun dalam kegelapan... kita tidak akan tersesat!
Wednesday, December 24, 2014
Suka duka seorang wanita!
Assalamualaikum pembaca yang sudi membaca blog aku agar dimakmurkan rezeki kesihatan.
Sebenarnya sejak kebelakangan ini aku kurang mood untuk menulis! Dengan kesibukan kerja, perkahwinan tiga anak saudara lelakiku dari bulan November hingga Disember. Hush! Letih rasanya ditambah peristiwa diluar jangkaan berlaku. Biji mata ni pulak sakit bagaikan dipicit itu tandanya nak cermin mata barulah tu!
Tapi jangan diikutkan sangat mood ada atau tidak. Semuanya bergantung kepada semangat! Takut nanti sifat malas tu menguasai segala-galanya. Semoga Allah melimpahi kekuatan, semangat dan ilham untukku mencoret segala luahanku.
Kelmarin aku menonton filem Indonesia Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dalam Astro First karya Pak Hamka. Filem ini berjaya meruntun jiwaku. Sehingga akhir babak aku tidak dapat menahan sebak. Entah berapa kali aku menyeka air mata! Kisah percintaan yang tidak kesampaian antara Zainudin dan Hayati lantaran perbezaan darjat!
Kekuatan filem ini kerana skripnya yang mantap! Karya Pak Hamka banyak mengupas kepincangan adat dalam masyarakat Minang yang kebetulan tempat asal beliau. Mengangkat adat sehingga mengetepikan agama adalah fenomena biasa dalam masyarakat Minang! Mereka yang ada kuasa dan kedudukan dalam masyarakat terus dijunjung biarpun kurang berilmu!
Dalam adat Minang dahulu anak lelaki seusia enam tahun tidak layak lagi tinggal bersama ibu bapa. Mereka mesti tidur disurau atau pesantren sambil belajar agama! Malang sekali sehingga mendirikan rumah tangga, mereka tiada kuasa keatas dirinya sebagai seorang suami! Mereka mesti tinggal bersama keluarga isteri di rumah gadang! Segala harta pencarian suami dimiliki oleh isteri dan keluarga isteri. Kalau berlaku perceraian maka sisuami keluar sehelai sepinggang!
Mungkin disatu sudut untuk memelihara kaum wanita agar tidak teraniaya atau terabai bila berlaku sesuatu musibah! Namun tiada mustahil berlaku tidak keadilan pada si suami bila timbul perasaan tamak pada siisteri atau keluarga isteri! Begitulah berlaku pada Zainudin yang tiada suku sebab ibunya orang Makassar. Beliau dipandang hina dan dianggap orang luar biarpun bapanya orang Minang! Darjat juga dipandang tinggi!
Sebagai ulama, ilmuwan dan pujangga banyak karya Pak Hamka menyindir golongan yang kuat memegang adat sehingga berlaku pergolakan dalam masyarakat yang bertentangan dengan agama. Banyak kata-kata pujangga Pak Hamka yang menarik biarpun bunyinya amat keras sekali ekoran masalah jurang sosial yang menebal ekoran pegangan adat yang kuat di zaman beliau!
Namun demikian tanggapanku kaum wanitalah yang paling banyak teraniaya. Korban segala-galanya. Korban jiwa, korban fizikal. Mereka tiada pilihan! Baik dipandang hina, buat jahat lagi dihina biarpun penyebabnya oleh kaum lelaki! Watak Hayati contoh klasik korban cinta, penghinaan dan hidup sentiasa taat kepada ibu bapa dan suami walaupun curang!
Menonton watak Hayati teringat aku kisah benar, Maimon (bukan nama sebenar) ketika hayatnya aku memanggilnya nenek. Kisah perkahwinannya menjadi perbualan hinggalah ke generasi aku! Percintaan abadi mereka berlaku disekitar pertengahan tahun 50an. Maimon bertunang dengan seorang jejaka bernama Bakri (bukan nama sebenar) berdasarkan suka sama suka dan saling menyayangi!
Bakri bukan saja segak tapi mempunyai pekerjaan yang baik sebagai kakitangan kerajaan! Di zaman itu kakitangan kerajaan dipandang tinggi apatah di kampong! Maimon pula wanita cantik yang amat secocok dengan Bakri! Rupa-rupanya ada orang sakit hati. Orang ini berkomplot sedaya upaya mahu memisahkan Maimon dan Bakri. Perancangan orang ini mahu menjodohkan anaknya Zara (bukan nama sebenar) dengan Bakri.
Aku sebenarnya sudah lupa kisahnya! Yang aku ingat mereka ini membuat fitnah pada Bakri sehingga mengugat kepercayaan orang tua Maimon. Faham sajalah zaman dahulu mudah percaya apa disampaikan tanpa disiasat dahulu! Dengan kelicikan mereka ini, pertunangan Maimon dan Bakri berjaya diputuskan biarpun mereka saling menyayangi! Dalam pada itu mereka segera memujuk seorang lelaki, Maslan (bukan nama sebenar) agar berkahwin dengan Maimon.
Maslan tidak mahu kerana rupanya yang kurang dan hanya kerja kampong. Akhirnya apa dirancang membuahkan hasil. Zara dikahwinkan dengan Bakri biarpun Bakri tidak suka kepada Zara. Manakala Maimon berkahwin dengan Maslan. Zara mengikut Bakri merantau kerana bertugas. Maimon dan Maslan tinggal di kampong hingga akhirnya hayatnya!
Apa yang aku dengar Maimon tidak pernah suka dan sayang pada Maslan biarpun sudah ada lima anak. Mereka tidak nampak pasangan yang mesra dan bahagia. Seingat aku tidak pernah melihat Maimon keluar bersama Maslan seperti suami isteri. Di mana saja mereka samada urusan atau berjalan semuanya sendiri-sendiri! Betul kata orang cinta, kasih sayang tidak boleh dipaksa. Mungkinkah cinta Maimon seutuh cinta Hayati kepada Zainudin biarpun badannya dimiliki orang lain.
Kasihan Maimon! Kejam sungguh mereka yang memisahkan kasih sayang apatah mereka sudah bertunang. Kini Maimon, Maslan, Bakri dan mereka itu sudah tiada! Al Fatihah untuk mereka! Semoga Allah ampunkan mereka yang terlibat bertanggungjawab memisahkan kasih Maimon dan Bakri. Tinggallah Zara yang kini uzur dan tidak mampu bergerak!
Itulah nasib wanita yang selalu dirundung malang kerana terikat dengan kepatuhan kepada orang tua dan adat. Jadikan kisah ini sebagai iktibar untuk kita. Agama landasan kita. Cukuplah berpaksikan adat yang tidak merosakkan institusi keluarga dan agama. Selagi hidup selagi itu agama dijunjung!
Antara kata-kata pujangga Pak Hamka yang boleh menjadi pedoman kita:
1. Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh.
2. Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana.
3. Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
4. Kemerdekaan sauatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa.
5. Dia lupa...nikmat yang ada dalam tangannya kerana mengharapkan nikmat yang akan datang.
6. Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu disyukuri yang telah ada itu lebih disyukuri lagi.
7. Orang gelisah kerana mengharapkan yang baru, dia lupa keadaan kekayaan yang sedia ada.
8. Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
9. Jika engkau fikir miskin, senangkan pulalah hatimu kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkan hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi lantaran kemiskinanmu.
10. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati dan tidak ada pintu bagi kebencian.
11. Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil.
12. Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya.
13. Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukurilah apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula.
14. Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
Thursday, December 18, 2014
Ruang Kepantasan Yang Hilang!
Afifah bersama mamanya ketika berusia 11 tahun. Keratan dari majalah I-Sihat tahun 2008.
Apa khabar pembaca disayangi. Semoga kalian dilimpahi rahmat-Nya!
Sudah 15 hari Afifah atau kakngah meninggalkan kami! Suasana di rumah bagaikan ada kekurangan! Masakan tidak bermula 8.30 pagi rutin Kakngah bermula. Semuanya pantas kerana kakngah! Semuanya peka kerana kakngah! Pendek kata kakngah sentiasa dipantau lebih dari seorang bayi!
Itulah kelebihan kakngah! Mama, babah dan kami terima kakngah sebagai anugerah istimewa dari Allah! Melalui kakngah kami banyak belajar tentang kesabaran, belajar erti kehidupan, belajar hati perut manusia dan macam-macam lagi! Kami tidak pernah merasa malu membawa kakngah berjalan di depan khalayak! Biarpun ada orang berpaling dua ke tiga kali kepada kakngah. Jelik sangat di mata mereka melihat kakngah.
Sudahlah kakngah tinggi lampai bila berjalan suka meluruskan kedua-dua tangan keatas. Kedua-dua tangannya dimasukkan sarung bantal atau hanger. Bukan kami tak cuba supaya kakngah lupakan kegemarannya. Apakan daya, kami tak sanggup melihat kakngah menumbuk kuat kedua-dua tangan ke pipi sehingga terdengar bunyi tulang pipinya. Cukuplah, kami tak mahu kakngah sakit. Pedulikan apa orang nak kata!
Tidak ada satu perkataan yang keluar dari mulut kakngah. Ketika usia setahun lebih ada juga keluar perkataan maa, kotak dan lan-lain. Tapi perkataan itu terus hilang di telan usia kakngah. Mama dan babah tidak pernah putus asa berubat! Berubat moden dan kampung! Bukan mama dan babah tidak menerima keadaan kakngah tetapi ada kalanya pukulan kakngah luarbiasa tak sanggup melihatnya!
Kakngah pernah pakai helmet. Memang tidak selesa! Tak dapat muka, kakngah mengutil pula lehernya. Ada kalanya dia mengesek-gesek kaki kanan keatas kaki kirinya sehingga meninggalkan kesan. Bibir berdarah, pipi lebam, bengkak sana sini sudah menjadi pandangan biasa! Tidak mustahil kalau kakngah dikata mangsa dera pasti orang percaya!
Tapi Allah sentiasa melindungi kakngah. Biarpun kakngah hyper tidak pernah duduk diam! Cermin meja, cermin solek pecah dek kakngah tapi tidak pernah terluka. Adakala kami terlepas pandang kakngah sudah makan bermacam ubat dalam peti ais. Lotion, vicks macam-macam lagi yang sudah masuk dalam perut kakngah alhamdulillah kakngah tidak sakit perut!
Biarpun barang-barang ni disorok dan diletak ditempat tinggi pantas kakngah dapat mencapainya. Setiap masa kakngah sentiasa diawasi. Pernah kakngah hilang dicari-cari akhirnya terjumpa di dalam mesin basuh! Pernah jiran sebelah beritahu kakngah dah ada dalam rumahnya! Pergerakan kakngah pantas. Fizikalnya kuat. Kami takut perkara yang tidak diingini menimpa kepada kakngah!
Kini...semuanya kosong! Bagaikan terpandang-pandang kakngah ketawa! Adakalanya macam terdengar bunyi gerincing anak-anak kunci dihujung jari kakngah. Kakngah suka pegang sesuatu! Waktu malam sebelum kakngah melelapkan mata terdengar ketukan irama di dinding.
Hibanya hati ini bila aku terpandang gugusan kunci tergantung di gril tingkap bilik air! Kunci itu mainan kakngah. Selepas aku gunakan shampu segera aku letakkan di tepi tingkap supaya kakngah tak dapat mencapainya! Ya Allah, kakngah sudah tiada! Aku menangis sepuas-puasnya kerana kami berkongsi bilik air yang banyak meninggalkan kenangan. Kakngah suka main air. Setiap pagi di dalam bilik air pasti terdengar bunyi kocakan air dalam takungan diselangi suara gembira kakngah!
Inilah ketentuan-Mu! Yang pasti kakngah sudah terpelihara di sana! Kami di sini belum pasti! Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami hingga sehingga berakhir hidup di alam fana ni. Doronglah kami waktu terluang ini untuk beribadah kepada-Mu! Semoga kami di bawah peliharaan-Mu!
Wiwiek menjaga Kakngah sejak berusia 11 tahun dan sudah dianggap sebahagian keluarganya. 28 Disember ini genaplah usia Kakngah 18 tahun.
Kakngah suka sangat makan jajan! Kerepek pisang yang baru diterima sebelum kakngah masuk hospital tidak sempat dijamah kakngah.
Thursday, December 11, 2014
Selamat Jalan Afifah!
Assalamualaikum kepada pembaca budiman yang
dikasihi semoga dirahmati Allah swt!
Alhamdulillah bersua kembali! Kesibukan dan bermacam pekara berlaku dalam tiga minggu ini membuat aku tidak dapat menulis! Fikiran kosong! Bercampur baur antara kesedihan dan kegembiraan! Itulah hakikat kehidupan! Segala-galanya ketetapan dari Allah. Sesungguhnya percaturan Allah sungguh indah!
29 hb November tanpa di duga satu permulaan yang akhirnya membawa kepada perpisahan abadi! Selamat jalan Afifah! Yang pasti kau bahagia di sana. Norafifah insan istimewa anak saudaraku iaitu anak kepada adikku yang selama ini tempat kami berkongsi kasih!
Afifah, hampir 18 tahun Allah meminjamkan kau kepada mama dan babah! Pemergianmu tanpa diduga! Tarikh itu mama dan babah membawamu sekeluarga berehat di Por Dickson. Kau suka air dan berendam lama-lama dalam kolam! Aktiviti ini sebahagian terapi untukmu!
Namun sejak beberapa minggu kebelakangan ini kau kelihatan agak tidak ceria dan letih! Makanmu tidak berselera seperti biasa! Kau banyak terbaring! Sehingga saat ke Port Dickson, kau masih tidak ceria dan letih! Kau hanya terbaring langsung tidak perdulikan tentang air dan kolam.
Awal malam ketika kak Wiwik menyuapkan sup ke mulut mu kau diserang sawan tiba-tiba dan termuntah-muntah. Seluruh badan kau kejang! Kau di masuk ke unit kecemasan di hospital Port Dickson. Ketika aku sampai tak sanggup aku melihatnya! Hiba hatiku! Alat bantuan pernafasan baru saja dipasang. Matamu terbuka dan badan mu masih bergetar!
Doktor memberitahu keadaan Afifah kritikal! Jantungnya berhenti 15 minit. Kemungkinan otaknya boleh mati! Spontan hatiku berbisik adakah ini kali terakhir Afifah bersama kami! Malam itu juga Afifah di bawa Hospital Besar Seremban untuk diimbas otaknya!
Akhirnya pakar mengesahkan otak tunjang Afifah mungkin mati! Kalau hidup mungkin koma seumur hidup. Kami sudah bersedia! Kami tak sanggup tenguk Afifah menderita! Hampir 18 tahun Afifah tidak menikmati kehidupan seperti insan normal! Biarlah dia berehat di sana! Mama, babah dan adik beradik Afifah redha ketentuaan-Nya. Kak Long memilih untuk menjaga Afifah disaat akhir. Peperiksaan akhir dikorbankan! Bersama Afifah disaat akhir tiada ternilai harganya!
Tindak balas badan Afifah mula merosot. Kami tunggu detik dan ketika! Akhirnya 3 Disember hari Rabu pukul 7.10 malam Afifah meninggalkan kami selama-lamanya! Alhamdulillah! Afifah pergi tanpa di cabut alat bantuan pernafasan! Pemergianmu seolah-olah meredhai pergorbanan mama dan babah!
Afifah, kau sudah bahagia di sana! Doakan untuk mama dan babah ya, semoga cita-cita yang belum terlaksana demi Afifah tercapai! Selamat jalan Afifah!
dikasihi semoga dirahmati Allah swt!
Alhamdulillah bersua kembali! Kesibukan dan bermacam pekara berlaku dalam tiga minggu ini membuat aku tidak dapat menulis! Fikiran kosong! Bercampur baur antara kesedihan dan kegembiraan! Itulah hakikat kehidupan! Segala-galanya ketetapan dari Allah. Sesungguhnya percaturan Allah sungguh indah!
29 hb November tanpa di duga satu permulaan yang akhirnya membawa kepada perpisahan abadi! Selamat jalan Afifah! Yang pasti kau bahagia di sana. Norafifah insan istimewa anak saudaraku iaitu anak kepada adikku yang selama ini tempat kami berkongsi kasih!
Afifah, hampir 18 tahun Allah meminjamkan kau kepada mama dan babah! Pemergianmu tanpa diduga! Tarikh itu mama dan babah membawamu sekeluarga berehat di Por Dickson. Kau suka air dan berendam lama-lama dalam kolam! Aktiviti ini sebahagian terapi untukmu!
Namun sejak beberapa minggu kebelakangan ini kau kelihatan agak tidak ceria dan letih! Makanmu tidak berselera seperti biasa! Kau banyak terbaring! Sehingga saat ke Port Dickson, kau masih tidak ceria dan letih! Kau hanya terbaring langsung tidak perdulikan tentang air dan kolam.
Awal malam ketika kak Wiwik menyuapkan sup ke mulut mu kau diserang sawan tiba-tiba dan termuntah-muntah. Seluruh badan kau kejang! Kau di masuk ke unit kecemasan di hospital Port Dickson. Ketika aku sampai tak sanggup aku melihatnya! Hiba hatiku! Alat bantuan pernafasan baru saja dipasang. Matamu terbuka dan badan mu masih bergetar!
Doktor memberitahu keadaan Afifah kritikal! Jantungnya berhenti 15 minit. Kemungkinan otaknya boleh mati! Spontan hatiku berbisik adakah ini kali terakhir Afifah bersama kami! Malam itu juga Afifah di bawa Hospital Besar Seremban untuk diimbas otaknya!
Akhirnya pakar mengesahkan otak tunjang Afifah mungkin mati! Kalau hidup mungkin koma seumur hidup. Kami sudah bersedia! Kami tak sanggup tenguk Afifah menderita! Hampir 18 tahun Afifah tidak menikmati kehidupan seperti insan normal! Biarlah dia berehat di sana! Mama, babah dan adik beradik Afifah redha ketentuaan-Nya. Kak Long memilih untuk menjaga Afifah disaat akhir. Peperiksaan akhir dikorbankan! Bersama Afifah disaat akhir tiada ternilai harganya!
Tindak balas badan Afifah mula merosot. Kami tunggu detik dan ketika! Akhirnya 3 Disember hari Rabu pukul 7.10 malam Afifah meninggalkan kami selama-lamanya! Alhamdulillah! Afifah pergi tanpa di cabut alat bantuan pernafasan! Pemergianmu seolah-olah meredhai pergorbanan mama dan babah!
Afifah, kau sudah bahagia di sana! Doakan untuk mama dan babah ya, semoga cita-cita yang belum terlaksana demi Afifah tercapai! Selamat jalan Afifah!
Monday, November 24, 2014
Iman dan Islam
Assalamualaikum pembaca dikasihi semoga terhibur membaca blog saya biarpun tidak begitu menarik!
Sebenarnya bukan mudah untuk menarik pembaca agar terus menjadi pembaca setia. Tuan blog mestilah rajin update story dari masa ke semasa! Aku ni harap berangan aje lebih tapi slow dalam bab-bab update ni! Tapi kali ini aku berharap tak jadi macam dulu! Orang lain ada blog aku pun nak ada blog tapi....jadi hiasan saja!
Dalam usia setengah abad (hmmm... tak malu pun sebut usia janji hati muda) banyak pengalaman manis, pahit, gembira telah kulalui! Banyak perkara tidak tahu menjadi tahu! Banyak perkara tidak sewajarnya dibuat aku buat. Ya, aku tidak malu mengaku! Aku pun kerap ditegur dan dikritik! Walaupun hati terbakar bila ditegur aku lawan perasaan amarah ini!
Bagaimana ringannya mulut aku menegur dan mengkritik orang, macam tulah aku mesti terbuka menerima teguran orang! Alhamdulillah perlahan-lahan sifat-sifat mazmumah tu aku buang jauh-jauh! Nak tunggu apa lagi! Bila-bila masa saja Allah tarik kita! Buatlah persediaan dan banyaklah merenung keburukan dalam diri kita! Perbanyakkan memandang kebaikkan pada orang lain!
Sebagai orang lama banyak perkara jelik berlaku dikeliling aku! Hal ini bukan berlaku pada orang muda tapi turut berlaku pada orang tua! Sifat manusia mudah teruja pada sesuatu yang sempurna di depan mata dan cepat mencaci bila dilihat hodoh! Sudah menjadi satu fenomena bila seseorang wanita berpakaian sempurna dan tutup aurat di puji melambung-lambung! Yang berpakaian menjolok mata dihina dengan gelaran buruk!
Dalam dua kes ini, aku tidak menyebelahi sesiapa pun. Masyarakat kita masih membicarakan perkara yang remeh temeh. Begitu juga penyampai dakwah (tidak semua) asyik-asyik membicarakan pasal tutup aurat! Maka ramailah yang tutup aurat termasuklah golongan artis! Kenapa tidak menekankan bab solat sebagai tanggungjawab utama. Kalau solat itu tidak diabaikan lambat laun perkara yang baik akan menyusul kemudian! Tidak hairanlah hari ini ada wanita menutup aurat tapi tidak solat, pakaian seksi dan membuat maksiat!
Ada artis menutup aurat tapi masih bercium pipi dengan lelaki! Apa makna ni? Ada artis menutup aurat dengan lengkap dan sopan tapi penuh riak. Bila diinterbiu terang-terang kata tak mahu bersalam. Oklah tu tapi siap mention lagi 'haram I bersalam'. Sehingga tersinggung wartawan! Apa wartawan tu jahil sangat ke? Apa hukumnya menjatuhkan air muka orang dengan sengaja?
Tapi yang buat aku amat-amat terkejut seorang awek ni berpakaian ala-ala ustazah! Pergaulan bagus dan rajin menghadiri majlis ilmu. Di surau bila habis solat berjemaah, dia sambung doa sendiri sampai aku pun tak tahu berapa lama dia berdoa! Kadang-kadang kita keluar surau dia masih berdoa. Setiap berdoa sampai tersedu-sedu dan keluar air mata! Bagi aku sebaiknya dalam bab ni buat saja di rumah pukul 3 pagi nanti! Bila dia uzur masuk surau sebaik habis azan dan berdoa! Salute habis aku pada awek ni! Bila cerita bab-bab agama ni berlinang air matanya. Pendek kata kalau aku ada anak lelaki memang dialah jadi calun menantu!
Satu hari sebaik aku balik ofis waktu rehat, dari dalam kereta aku ternampak awek ni keluar dari pintu belakang dan berjalan terus sehingga hilang pandangan. Ketika itu jam sudah 2 petang. Setahu aku awek ni memang tidak pernah keluar rehat dan jarang sangat makan! Yang pelik tu ikut jalan belakang apa yang ada silap-silap bangla tukang sapu tu boleh kidnap!
Dah lebih setengah jam aku tinjau tempatnya masih tiada sehingga hampir dua jam baru dia terpacul di ofis. Kini barulah aku tahu rupa-rupanya dia selalu hilang sebab bergayut lama telefon dengan pakwenya! Cleaner ofis cakap, dah lama hal ni berlaku. Dia selalu terserempak awek ni bergayut telefon dalam dewan, dalam bilik meeting! Terkejut badak aku! Sejak itu aku selalu meninjau pada waktu-waktu tertentu ternyata awek ni memang selalu hilang! Mungkin kehilangan dia tidak disedari! Tapi Allah nampak dan apalah gunanya kau sujud pada-Nya tapi kau menipu diri sendiri! Aku tiada jawapan untuk awek tu. Kepercayaan aku hilang seratus peratus!
Daripada membayar bil telefon hanya untuk seorang lelaki lebih baik belanja perut sendiri! Selama ni aku abaikan saja bila ada sipolan kata awek ni suka bergayut! Aku rasa ralat sebab awek ni tidak amanah dalam menjalan tugasnya. Sudah pasti dia tahu hukumnya. Ibadah itu bukan solat saja tapi mencakupi dalam semua kehidupan kita apatah melibatkan kerja. Disitulah bermulanya keberkatan gaji yang menjadikan darah daging kita! Aku berharap awek ni berubahlah. Tanyalah diri sendiri ibadah ni untuk manusia atau untuk Allah swt?
Bagi mereka yang berpakaian seksi janganlah dikutuk dan dihina. Tegurlah cara berhemah. Yang penting doakan terbaik untuk mereka! Nak salahkan mereka ni seratus peratus pun tak boleh juga! Kadang-kadang ibu bapa mereka bersifat terbuka dan memberi kebebasan pada anak-anak. Sedangkan didikan terbaik dari ibu bapa, masih ada anak yang rosak akhlaknya akibat pergaulan bebas!
Pendekatan ibu bapa dengan anak-anak adalah penting! Jangan memaksa atau sekadar menjadi ikutan. Didik anak dengan ilmu dan ibu bapa menjadi contoh! Tiada yang mustahil orang yang kelihatan jelik dimata kita tapi boleh menjadi terbaik! Kita dampingi dan cerita yang baik untuk mereka. Kalau hati kita ikhlas untuk mengubah mereka insyaallah Allah akan mengubah mereka! Yang penting kita mohon pada-Nya agar Allah mendorong kita kepada kebaikan! Insyaallah, Allah akan makbulkan!
Sesekali aku layari ceramah Nueman Ali Khan dalam Youtube ternyata amat tersentuh! Paling aku terasa bila beliau menekankan pengertian al-quran dalam ibadah. Tambahnya lagi al-quran bukan sekadar dibaca dan belajar tajwid tetapi memahami maksudnya adalah satu keutamaan! Kenapa orang mabuk tidak sah solat sebab mereka tidak faham apa yang mereka baca sehingga mereka sedar dan bertaubat! Masyaallah, aku benar-benar terasa selama ini aku abaikan! Lazimnya anak-anak kita dididik agar pandai membaca al quran sehingga khatam tapi kita tidak ambil tahu maksud dan pengajaran dari al quran! Kita abaikan kata-kata Allah! Walhal al quran terjemahan dan tafsiran berlambak di pasaran. Tidak hairanlah generasi sekarang hebat tapi mudah tewas bila kecundang!
Untuk diriku dan pembaca dikasihi semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita. Apa yang aku tulis ini atas dorongan Allah agar kita jangan abaikan ibadah dalam kehidupan di alam fana ini. Katakan selalu pada anak-anak kecil kita kalau sayang dan cinta pada Allah swt buatlah kebaikan dengan ikhlas kerana-Nya. Ibadah itu tanggungjawab kita bukannya untuk dapatkan pahala! Selagi hidup selagi itu kita jadi hamba-Nya! Selayaknya kita wajib bersyukur atas pinjaman hak-Nya kepada kita. Wajarkah kita meminta-minta lagi! Syukurlah dengan anugerah Iman dan Islam, dengan izin-Nya kita mampu bersujud kepada-Nya!
Wednesday, November 19, 2014
Semoga jiwaku tidak kacau lagi!
Assalamualaikum kepada pembaca budiman semoga sihat walafiat!
Gara-gara komputer meragam mood aku hilang nak update story baru ditambah lagi kesibukan kerja! Kalau boleh sekurang-kurangnya dapat posting tiga story satu minggu sudah cukup baik! Oklah aku nak start tulis ni tapi tak tahulah nak tulis apa erkkk!
Sebenarnya aku ada satu cerita nak berkongsi dengan pembaca semua! Sampai sekarang hatiku masih ralat! 'Antara Lorong Nostalgik dan Sebuah Rumah' tajuk postingku pada bulan Ogos yang lalu menyebabkan seorang hamba Allah marah dan memutuskan perhubungan persahabatan dengan aku!
Sebenarnya aku ada perhubungan persaudaraan dengan hamba Allah tu! Rumah sebelah menyebelah aje. Dia berkecil hati selepas membaca story aku. Silap aku juga menyebut orang yang sudah meninggal (tuan tanah) iaitu arwah datok kepada hamba Allah tersebut! Arwah datok tu moyang kepada aku jugak!
Arwah datoknya meninggalkan ramai cucu termasuk hamba Allah ni, cicit dan piut. Tapi yang peliknya dia seorang ni yang teramat marah dan menghasut sepupu sepapatnya kononnya aku telah menghina datuknya! Sempat dia mengata aku dalam FB, kata hati aku berulatlah, berdendam dan macam-macam lagi. Malah anaknya turut menghentam aku! Lepas tu dia terus unfriend denganku!
Aku mengakui kesilapanku dan memohon maaf kepadanya. Itulah jalan yang paling terbaik. Walaupun dia tidak menjawab apa-apa! Yang paling kelakar orang tidak berkenaan turut diunfriendkan! Aku tahu dia masih mengata-gata namun bab aku sudah selesai!
Cuma aku ralat selama ini kami banyak berkongsi cerita sedih. Dia berdepan krisis rumah tangga sehingga berpisah dengan suaminya. Aku banyak memberi sokongan dan semangat. Ketika balik beraya aku pelawa balik bersama dan singgah di rumah bekas suaminya menumpangkan dua orang anaknya balik sekali ke kampung!
Dia tinggal bersama adiknya! Anak-anaknya tinggal bersama bekas suami! Aku dapat bayangkan betapa sengsaranya tanpa anak di sisi dan tiada kenderaan untuk bergerak ke sana kemari! Aku terbuka membantunya kalau dia perlukan pertolongan! Aku sentiasa bersangka baik dan tidak ambil pusing apa orang kata tentang dia!
Kini baru aku tahu setelah jadi begini dia langsung tidak menghargai aku. Aku tidak minta balasan tapi cukuplah dihargai sebagai kawan dan saudara! Lagipun kami bukan muda sudah tua pun! Aku tidak suka hal ini berpanjangan! Hakikatnya kami saling mengenali! Cuma perangainya dari muda hingga ke tua tidak berubah! Egonya terlalu tinggi. Dia sendiri pun bermasalah dalam famili. Kini dia mencetus suasana tidak sihat dikalangan saudara mara!
Ada juga aku bermesej dengan dia bertanya kabar dan war-warkan tentang reunion sekolah kami tapi tidak berbalas! Baru-baru ini orang kampungku buat grup whatsapp khas untuk warga kampungku. Admin grup add dia! Tapi dia left. Mungkin aku termasuk dalam list grup tu kut. Tak apalah! Aku tidak rugi-rugi apa-apa pun!
Cuma aku mahu berpesan tidak perlulah dia posting kata-kata indah dan ideal di wallnya! Kalau sekadar untuk menarik perhatian dan komen lupakanlah! Biarlah kata-kata indah itu seiringan perubahan kita ke arah kebaikan! Apa gunanya posting menarik seolah-olah dia seorang yang baik dan perfect hakikatnya aku lebih tahu dan mengenali dia!
Kita sudah tua! Kawan seangkatan kita ramai yang dah bercucu! Aku dengar anak dia akan berkahwin tahun depan! Aku dan jiran-jiran di kampung kita adalah saudara dia! Tanyalah diri sendiri ke arah mana dia nak tuju sekarang kalau terus bersikap tegar! Anak-anak bukan jaminan kalau dia sendiri pun tidak menjalin perhubungan baik dengan saudara mara!
Dia tahu bukan apa hukum memutus silaturahim? Cukuplah, aku sudah banyak membuat dosa dan kesilapan! Aku tidak mahu mengulangi perkara yang sama lagi. Kalau dia tidak menerima sebagai kawan dan saudara aku pasrah! Doaku agar Allah mendorong dia menjadi hamba Allah yang terbaik dan bertakwa! Kalau dia terbaca blog ini, aku berharap berlapang dada dan kawallah amarah! Hidup kita makin singkat! Kita tidak pasti siapa yang pergi dulu!
Aku berharap agar dia menerima kemaafanku! Seperti mana sebelum ini dia selalu mengingatkan aku, sebelum tidur maafkan orang-orang yang melakukan kesalahan kepada kita!
Thursday, November 6, 2014
Sedapnya ikan kerai!
Assalamualaikum pembaca dikasihi semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.
Entah apa malang sepatutnya sudah lama aku update new story! Tiba-tiba pc di rumah rosak, di ofis pulak betul-betul diluar jangkaan komputer pun rosak juga. Ada komputer gantian tapi entah kenapa bila nak new post loading selama-lamanya! Fedup aku! Pakai safari betul-betul problem! Ini pakai firefox komputer kawan! Komputer aku yang rosak tu pakai firefox! Harap-harap cepatlah sembuh!
Hatiku berbunga biarpun blog ni baru merangkak namun kulihat ada peningkatan! Terima kasih yang amat sangat kepada pembaca budiman kerana memberi sokongan kepadaku! Doakan aku semoga diberi ilham untuk menulis!
Setiap kali hujung minggu aku mula terfikir menu apa nak dimasak. Oleh kerana aku tinggal bersama keluarga adik sudah tentulah banyak perut banyaklah ragam selera! Sememangnya keluarga kami keluarga meriah! Alhamdulillah aku tidak pernah kesunyian biarpun bersendirian! Terima kasih adik dan adik iparku! Jasa baikmu tidak akan lupakan sampai ke mati. Begitu juga anak-anak saudara penghibur hatiku!
Minggu lepas anak saudaraku membeli ikan kerai di Temerloh. Selama ini aku hanya mendengar tapi tidak pernah melihatnya! Orang kata ikan kerai sedap isinya. Sisiknya tidak payah dibuang. Bila dimasak ia akan lembut! Biarpun rasa was-was betul ke sisiknya akan lembut. Kalau keras rosaklah masakan! Akhirnya kami sepakat masa aje tanpa membuang sisiknya. Kalau tak cuba mana nak tahu hasilnya! Kami nak masak lomak cili padi!
Ikan kerai aku cuci dengan asam limau supaya hilang hanyirnya. Setelah bersih toskan terus dimasukkan dalam kuali! Cili padi dan kunyit hidup diblend sampai lumat dan masukkan ke dalam kuali. Buka api, bubuh sedikit air, garam, asam keping! Kacau biar lada serta kunyit sebati dengan ikan. Bila air hampir kering bubuh santan. Api jangan terlampau besar takut nanti pecah minyak!
Masakan Nismillan ada seninya. Tidak boleh dikacau selalu! Bila kuah mengelegak kacaulah perlahan-lahan. Kalau kuahnya agak cair tambahlah santan pekat sikit! Bila dah cukup rasa masin dan masamnya biarkan kuah mendidih hingga kuahnya mereneh! Api kecilkan lagi. Lebih lama kita biarkan lagi cantik kuahnya. Tapi masakan kami tidak cukup lama masak sebab dah risau takut ikan hancur! Walhal tak hancur pun maklumlah bukan senang nak dapat ikan kerai! Itu sebab kami berhati-hati.
Ternyata sisik ikan kerai menjadi lembut bila dimasak! Kraap kruup bila dikunyah! Kalaulah lebih lama di masak lagi lembut sisiknya! Ternyata isi ikan kerai memang sedap dan manis! Tidak rugi pun membelinya! Kawan-kawan di luar sana kalau terjumpa ikan kerai di pasar tani bolehlah mencuba memasaknya. Sesekali cubalah masakan orang negeri Sembilan! Selamat mencuba!
Monday, October 27, 2014
Alahai beluncas
Assalamualaikum pembaca dikasihi semoga sihat-sihat belaka.
Sabtu lepas aku menghadiri majlis pernikahan anak saudara di Pahang! Alhamdulillah selesai! Balik dari Pahang singgah di rumah abang.
Sambil membelek-belek pokok bunga ni (tak tahu namanya) dan tertanya-tanya butir apakah berwarna hitam bulat bertabur di dalam pasu dan dilantai!
Bila diamati betul-betul rupanya ada ulat beluncas kekenyangan memakan daun. Patutlah banyak daun-daun disetengah hujung ranting dah botak! Aku cuba menarik ulat beluncas, kuatnya dia melekap!
Anggota kakinya di bahagian belakang sekali langsung tidak teranjak bila aku menarik dengan tangan! Takut pulak ditarik kuat-kuat terputus nanti badan dia!
Dalam cuba menariknya, sempat juga dia melepaskan najisnya! Kurang asam! Akhirnya potong saja ranting dimana beluncas ni bersantai! Mungkin tak berapa lama nanti jadi kepomponglah dia! Sebab itu asyik makan tak ghenti-ghenti!
Tenguk dari dekat comel ulat beluncas ni! Tak tahulah orang lain. Ada juga ulat beluncas berwarna coklat. Maaf ya aku ni memang sukakan kehidupan mereka biarpun orang lain tenguk rasa geli! Selagi tidak bahaya dan bisa aku pegang dan belek! Memandangkan beluncas ni sombong sangat tak dapat aku nak letak atas tapak tangan sambil menikmati pergerakannya yang lemah gemalai tu!
Kedua-dua ulat beluncas ni akhirnya aku pindahkan dan letakkan dicelah ranting pokok ara. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri dan memakan daun ara tu. Tak tahulah suka atau tidak! Semoga beluncas ini dapat meneruskan survivalnya. Ia pun makhluk tuhan tak sepatutnya kita membunuhnya!
Sabtu lepas aku menghadiri majlis pernikahan anak saudara di Pahang! Alhamdulillah selesai! Balik dari Pahang singgah di rumah abang.Sambil membelek-belek pokok bunga ni (tak tahu namanya) dan tertanya-tanya butir apakah berwarna hitam bulat bertabur di dalam pasu dan dilantai!
Bila diamati betul-betul rupanya ada ulat beluncas kekenyangan memakan daun. Patutlah banyak daun-daun disetengah hujung ranting dah botak! Aku cuba menarik ulat beluncas, kuatnya dia melekap!Anggota kakinya di bahagian belakang sekali langsung tidak teranjak bila aku menarik dengan tangan! Takut pulak ditarik kuat-kuat terputus nanti badan dia!
Dalam cuba menariknya, sempat juga dia melepaskan najisnya! Kurang asam! Akhirnya potong saja ranting dimana beluncas ni bersantai! Mungkin tak berapa lama nanti jadi kepomponglah dia! Sebab itu asyik makan tak ghenti-ghenti!
Tenguk dari dekat comel ulat beluncas ni! Tak tahulah orang lain. Ada juga ulat beluncas berwarna coklat. Maaf ya aku ni memang sukakan kehidupan mereka biarpun orang lain tenguk rasa geli! Selagi tidak bahaya dan bisa aku pegang dan belek! Memandangkan beluncas ni sombong sangat tak dapat aku nak letak atas tapak tangan sambil menikmati pergerakannya yang lemah gemalai tu!Kedua-dua ulat beluncas ni akhirnya aku pindahkan dan letakkan dicelah ranting pokok ara. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri dan memakan daun ara tu. Tak tahulah suka atau tidak! Semoga beluncas ini dapat meneruskan survivalnya. Ia pun makhluk tuhan tak sepatutnya kita membunuhnya!
Subscribe to:
Posts (Atom)











