Jadikan akal itu pemandu kita. Biarpun dalam kegelapan... kita tidak akan tersesat!
Thursday, October 23, 2014
Semoga angan menjadi kenyataan...
Assalamualaikum pembaca budiman, terima kasihlah yang sudi membaca blogku yang baru merangkak ni!
Alhamdulillah kereta yang lebih seminggu tersadai di parkirku sudah pun berganjak semalam. Lain kali jangan buat macam tu ya! Timbang rasalah!
Terfikir-fikir apa nak dicoretkan kali ni! Blog ni jangan dibiarkan tanpa update lama-lama nanti jadi gajah putihlah! Kalau boleh biarlah berterusan! Bila ada masa terluang aku suka melayari, membaca blog yang berkaitan traveling! Memang seronok! Syabas dan terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi pengalaman dan tips.
Beruntung sebenarnya bagi generasi muda sekarang berbanding generasiku. Kalau dulu nak makan angin ke luar negeri betul-betul orang berduit! Sekarang dengan ada penerbangan murah Air Asia dan bantuan info melalui internet amat mudah untuk kita menikmati perjalanan ke luar negara! Yang penting rajin search, dapatkan maklumat tentang sesebuah negara yang bakal berkunjung. Seterusnya boleh booking tiket, hotel, pengangkutan apa sahaja yang berkaitan! Mudahkan!
Dengan kemudahan ini sesiapa mampu berjalan tak perlu tunggu berduit pun. Siapa tidak suka berjalan, tenguk negara orang? Banyak berjalan luas pandangan! Menikmati sendiri tidak sama sekadar melihat pada gambar dan info sahaja! Masa dulu-dulu aku ada juga berjalan namun tidak sekerap mana pun!
Kini keinginanku untuk berjalan meluap-luap! Ada juga berjalan mengikut trip tapi agak mahal dan tidak bebas. Biasanya yang menjadi masalah ni bab menunggu! Bila ramai-ramai tu banyaklah ragam! Samada mengikut trip atau sendiri semua ada kelebihan! Mana yang tidak ada kawan tapi ingin pergi berjalan eloklah ikut trip saja! Tak perlu pening kepala. Duit sahaja sediakan!
Kebanyakan yang pergi sendiri, mereka yang muda yang tidak suka terikat! Bebas buat keputusan sendiri. Tapi yang paling penting kosnya lebih rendah! Apa-apa pun pilihan ditangan kita! Kalau semuanya lengkap tapi kalau kesihatan tidak mengizinkan tidak menjadi juga!
Itulah nikmat kesihatan! Jangan fikir cari duit sampai abaikan kesihatan. Minda dan fizikal perlukan belaian juga. Sebut bab makan angin ni teringin juga aku nak pergi sendiri. Kalau boleh dalam setahun sekurang-kurangnya biarlah tiga kali! Kalau ikut agensi trip, ke Eropah sahaja kosnya lebih RM8000 belum termasuk duit poket lagi! Kalau ikut trip memang parahlah. Aku sebenarnya teringin nak pergi negara orang puteh! Bila baca Trip Kekawan makan angin ke New Zealand seronoknya. Naik motorhome sambil menyaksikan keindahan alam!
Masalahnya aku tiada partner! Tak ada kawan. Nak ajak famili sibuk dengan hal mereka. Nak ajak kawan ofis katanya tak ada duit! Nampaknya belum jumpa kawan yang boleh menemani untuk makan angin. Maklumklah orang dah berusia macam aku ni banyak sangat tak tahunya! Setiap kali melihat gambar keindahan alam di Eropah aku mampu mengigit jari saja! Aku ni ada penyakit gemuruh! Kalau ada teman tu sekurang-kurangnya ada rasa confident!
Harapan ku sebelum menutup mata, semoga Allah pertemukan seorang kawan yang boleh menemani aku menyaksikan keindahan alam di bumi orang puteh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Insyaallah moga dipertemukan dengan seorang sahabat yang mempunyai minat yang sama dan dipermudahkan segala urusan...
Anak-anak laki kami ada angan-angan nak berkunjung ke Egypt nak tengok pharoah katanya. Dah 2 kali raya, duit raya disimpan dalam bank, masih bertanya selalu setiap kali ke bank dah cukup ke duit nak pergi Egypt?
Mama dia senyum jelah belum lagi kena jimat cermat simpan lagi.
Tapi elok juga anak-anak ada angan-angan nak tengok tempat orang, bila terima duit tak pernah fikir nak beli barang mainan apa-apa fikir nak simpan duit supaya dapat ke Egypt tengok negara orang luaskan minda.
Dalam hati mama dia pun berdoa jika tak dapat rezeki berkunjung, moga salah satu dapatlah rezeki lanjutkan belajar ke sana jadi orang yang berguna.
Terima kasih atas doa suda@is semoga impian itu menjadi kenyataan...
TukangKebun saya pernah ke Egypt. Saya tertarik sejarah dari zaman Pharoah, Romawi dan Islam. Paling seronok pergi muzium...memang saya suka sejarah sesebuah negara...
Assalamualaikum noor. Setelah 3 tahun noor menulis baru saya jumpa. Membaca luahan hati noor ini kelihatannya nasib kita sama. Tiada kawan nk ikut melancong. Kalau noor masih tiada kawan sudikah kita jadi kawan?
waalaikumusalam kakchessie. Terima kasih atas respons. Sudah tentu beribu-ribu sudi kakcheesie menjadi kawan saya. Insyallah ada rezeki kita boleh bersama melancong...bolehlah tinggal contact utk mudah berhubung
Post a Comment